Dulu, waktu aku kecik2 dulu. Aku sangat lah nakal.. Aku sangat suka akan cerita2 yang penuh aksi dan aku akan selalu mempraktikkan apa yg ditoton, didengar & diajar untuk memastikan kesahihan sesuatu. Making sure it's doable or not. Antara list hall of fame aku sebagai kanak2 yang ganas adalah menerajang akak aku ketika bermain otromen vs raksasa (aku otromen, akak aku raksasa) di atas katil spring baru di rumah. Waktu tu, aku around 4yrs old kot.. Tendangan mid air 'no shadow kick' aku membuatkan akak aku yg malang tu melambung sampai jatuh ke bawah katil dan hospitalized for one night sebab nasal bleeding yang tak berhenti2. Seminggu mak aku bagi jelingan maut aja kat aku..
Around time tu jugak lah.. Aku memiliki senjata keramat aku sendiri. Kalau King Arthur tersohor dengan pedang Excalibur, Hang tuah masyhur dengan keris Tamin(g?) Sarinya.. aku plak membuat onar dengan
Swords of Omen aku sendiri (pedang Thundercat laa.. aperaa.. tak tau!). Pedang plastic yang agak panjang bagi seorang budak 5 tahun itu adalah senjataku untuk membelasah semua benda.. Kucing, kawan2, jiran sebelah, makcik jiran sebelah, atuk kepada jiran aku, kakak, abang.. Habis semua benda pernah merasa pedang tu. Selepas puas belasah, aku akan tekan punat kecil kat handle pedang tu
and lambang Thundercat akan menyala tanda kemenangan dan disusuli battlecry aku "Thundercat.. hoooooooooooo....". Kalau Tamin(g?) Sari hilang dek zaman, Excalibur dipulangkan kepada dewi tasik, pedang aku pula menerima nasib berbeza. Ia telah dipatahkan oleh makhluk gergasi Gorgon (abang aku!). Ianya masih tetap aku simpan walaupun dah patah dua persis pedang
Narsil milik King Elendil yang kemudian dicantum semula menjadi
Anduril yang diguna oleh Aragorn dalam Lord of the Ring (itu pun sebelum mak aku buang satu
basket besar mainan2 aku bila aku masuk darjah satu).
Aku juga pernah menghentak seorang budak perempuan yang bermulut celupar. Lantang dia jerit2 maki hamun aku... tak kisah laa.. tapi bila dia dah start kuar "Mak kau.." telinga aku panaaass. Terasa macam aku di
teleported ke
'Ruang Angkasa Setan (tm)'. Terus aku
"Henshin!!" dan hentak dia dengan kerusi kayu yg bleh dijumpai di mana2 sekolah rendah
in abundance. Nasib baik lah aku masih lagi punya belas kasihan, aku cuma hentak
her legs je.. Akibat musibat, mak bapak dia datang sekolah and bebel2 kat aku. Nasib baik
parents aku tak di
inform pasal tragedi tu, tapi cikgu2 sekolah dah tampal label besar2 kat aku. Lantak laa.. aku habis jugak kan belajar kat sekolah tu?
Aaaaaa... yang ni lebih tragis dari yang lain2.. dalam darjah 3 camtu laaaa... Aku telah membelasah seorang kawan aku dengan pembaris kayu satu meter. Alaaaa.. yg cikgu2 guna zaman dulu2 tu laaa.. (zaman skarang bebudak semua
wimp!!! kena cubit sket dah ngadu and
report polis).
Event tu ala2 gurau kasar laaa.. tapi yang sadisnya.. Keesokan harinya kawan aku tu meninggal dunia.
Seriously pergi ke rahmatullah dan tak kembali. Dia meninggal dalam tidur sbb disengat either kala jengking or lipan bara... aku pun tak ingat. But apa2 pun esok paginya dia ditemui sudah putus nafas di atas katil dan mulutnya dah berbuih. Tragis.. sebab benda terakhir yang kami kongsi ialah aku membelasah dia dengan pembaris dan bukannya benda yang baik2. Owhh.. btw..
she is a SHE okay??
So sejak dari hari tu.. at that young age, aku belajar grasp the idea yang perempuan ni fragile. Tak macam lelaki. Tak kira lah kuat mana pun feminist2 dalam dunia ni tempik and mintak equality. We are of a slightly different construct. Hakikatnya kita guna gergaji untuk memotong kayu dan butter knife untuk sapu mentega, jam or at least potong roti. Kita bleh paksa gergaji untuk sapu butter and potong roti, and yes, with determination we can cut plywood with a butter knife. Tapi relevant ke? Dan start dari event2 ini laa aku tak pernah dah membelasah wanita/perempuan/gadis anymore. Kalau lelaki lain cerita xD muahahahah... *kidding! Skarang aku gunakan words.. cause they're sharper and people can fight on equal ground regardless of their sexes!
(aku ni insaf lagi kee tak nie??? 0.0)

Figure 1.1 Saw & Butter Knife
I would love to write about traditional role between sexes, norm and expectations and all.. tapi sekarang tak rasa
intellectual sangat laaa..
Brain capacity kena sedut ngan World of Warcraft!
"
Me Grimmlock, me smash! You Die.. me Grimmlock me your boss! Me pawn you, who's your daddy??" (-.-)