Friday 29 May 2009

dengan mata hati...

ada satu jenis manusia yang memang tak berguna... manusia yang kita hormat.... hormati akal dan kemampuan berfikirnya... yang kita hormat keputusan dan kebebasannya memilih. yang kita hormati maruah dan kita muliakannya.. tetapi realitinya dia adalah seekor ular di dalam selimut, si pengkhianat.. berselindung di belakang air mata dan topeng kenaifan..

bersahabat dan berteman sepercintaan.. pandai2 lah kamu melihat mereka dengan mata hati kamu..

Thursday 28 May 2009

status facebook lepas match champions league..



yaa kawan2... inilah dia kompilasi yang ditunggu-tunggu.. status facebook orang di pagi hari selepas tumpasnya manchester united.. credit to kebangangan ferguson dan ke 'glory hunter'an c.ronaldo the holy diver.. mari kita hayati, himpunan status2 facebook ini...

It takes more than just manchester united to win back2back champions league...

"My oh my....I wonder why the Man Utd fans are extremely quiet today?"

Glory glory what?? HAHA!!

glory glory naik lorry

Did you see Messi fly?What a header!

aku malas la nak cakap pasal benda dah lepas kan..tak guna kalo kita berkokok kuat tapi masuk gelanggang kalah..hahaha..kepada semua fan man u..takyah la nak sedih2 atau buat2 terkejut ngan kekalahan ini sebab barca mmg power pon season nih...bersyukur la sebab tak kena bantai 4-0 mcm bayern munich..hahahaha..viva barcelona!!!!

Pretty bubbles in the air....losing wit pride...congrats Barca...see u next season,Ahaks!

manc lost to a better team of the day...salute to the open play!

Viva Barca!!!!!!!!!!!!

take your cockiness and shove it...in your face man utd!


Damn!! FACK FACK!!! I fell asleep last nite and didnt watch the game. KALAH PLAK TU!!!... FACK FACK!!! (*edit loyal fan laaahh sangat?? hahahahha)

glory glory Barcelona!!!glory glory Barcelona!!!

usually doesn't care about the game that much but this time..Man U, so loongggg suckerss!! Yeah!

"I will never forget how the pint-sized Lionel Messi leaped into the air to head Barca 2-0 up against Man Utd. Sorry Man Utd.......!!!"

Congrats barca!!!good job eto'o..good job messi!

senyum sampai telinga tengok muka-muka merah pasukan merah dan peminat-peminatnya tu...


everybody.. how to spell manSHITster united??

Man Utd outplayed, outgunned and outclass by the Mighty Barcelona..... not often you see man utd play like boro.... =)

kadangkala kenyataan itu amat pahit untuk ditelan..tetapi kita sebagai insan harus tabah menghadapi hari2 yang mendatang..setiap kejadian ada hikmahnya..kita hanya merancang...terimalah bahawasanya bola itu bulat...to all red devils army..marilah kita sama2 pekakkan telinga...kalo bole tutup hp tuuuuuu....warghhhhhh!!!!!!!!!

Why the hell did you play Anderson??!!? Rooney on the right?? Ronaldo as centre forward??? Ko ingat ni Hull City ke Ferguson?? *sigh*

congrats man utd. u played well... the 1st 10 mins.

barca werent that impressive. We didnt play our usual game. Actually we played like shit. But well done for reaching d final. Its been a good season for us. Good effort and congrats barca. (*edit a shorty like messi jumping, heading over ferdinand... well u dont call that impressive ka??)

barca 2-0 i love u messi... mmuuaahhhhh glory barca huaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa...

hehehehhe... itulah dia.. kompilasi status facebook yang saya jumpa.. silalah tambah kalo ada yang menarik.. yg bolded dan bersaiz besar tu.. yg aku suka arr.. =D akhir kata... bola tu bulat, dan sayangilah team anda walaupun mereka relagated.. xD

Tuesday 26 May 2009

Music Mereka: Alexisonfire - Young Cardinals

Inilah dia... salah satu sebab kenapa music itu sangat penting dalam hidup.. music itu pembekal tenaga.. sila ukur dengan test pen... mesti menyala punya.. jutaan joule kuasa i tell you! xD



bagi mereka yang kurang mengetahui.. inilah antara band terhebat bagi aku.. alexisonfire yang berasal dari canada. dulu waktu main gig, band aku banyak cover lagu diorang and music aku dulu pun ada rempah ratus diorang gak sket.. (walaupun dulu guitarist aku cakap band kitaorang adalah pussycat dolls yg screaming hahaha...) sulaman growling voice ngan nyanyian lunak... kombinasi yang mantap weihh.. (bukan macam linkin PORK ok..) alexis is coming out with a new album.. cant wait!! wohooooo....

Sunday 24 May 2009

yang telah engkau janjikan...

aku pernah janjikan bulan buat seseorang suatu ketika dahulu.. dan aku juga telah dijanjikan kuntuman kuntuman bintang. aku pernah berada di awanan.. melayang.. pernah jua aku dipimpin tangan mendaki pelangi. aku pernah pernah melihat matahari terbit dan rasa romantisnya saat itu. aku pernah ditemani makan malam bercahayakan lilin.. aku pernah memberi bunga dan merasakan ianya bermakna.. aku pernah berjanji kan menjaga mu hingga akhir nyawa.. aku juga pernah dijanjikan sumpah setia akulah satu-satunya.. aku pernah dijanjikan kehidupan.. aku pernah berjanji akan membina kehidupan.. tapi akhirnya.. hmm..

hidup ini bukan seperti yang dicanang dalam "p.s. i love you". bukan babak babak dari "love actually".. atau "cinta" dan "sepi" khabir bakhtiar... hidup ini lebih kepada apa encik akhdiyat dutamodjo atau lebih dikenali sebagai duta dari sheila on 7.. "kubekerja siang dan malam agar isteri ku bahgia, moga kelak anak kita hidup selayaknya"... maybe.. tak perlu berjanji lagi.. just buat je.. kerjakan sahaja.. usah sugar coat.. tak perlu ikut template dalam kaca tv atau layar wayang.. romantis bukan imitasi.. ia datang dari hati.. bila berkata.. kotakan.. dan kesetiaan itu bukan barang mainan.. manusia memang mudah melafaz kata cinta, tapi mampukah kudratmu memikul tanggungjawab yang datang dengannya?

Thursday 21 May 2009

seloka hospital...

lately aku agak kurang sehat... demam on off sini sana. dengan H1N1 lahh.. meningitis lahh.. selsema burung lah.. selsema ayam lah.. selsema babi dan juga selsema manusia biasa lagi.. one can never be too sure. sila lahh ke hospital untuk proper check up. tetapi ingat.. sebelum pergi ke hospital, pastikan anda sudah bersedia dari segi kekuatan mental untuk melakukan sesuatu yang sangat hebat... iaitu menunggu. iya... menunggu macam orang bodoh.. iyaa... menunggu lama gila babi macam orang bodoh dari pukul 8 sampai pukul 12 untuk tau result blood test to make sure anda dapat denggi ke tak. bersedia untuk buang sebusuk-busuk 4jam dari hidup anda tercongok kat kerusi menunggu.

adalah disarankan agar anda membawa PSP, Nintendo DS atau apa2 permainan portable to kill the time. kalo tak berkemampuan nak beli yang tu.. bawak laaa sahiba ke.. monopoli.. jenga ke.. uno stacko ke.. kalo tak mampu gak.. beli tu.. jutaria tu.. ataupun bawak deck card.. main cho tai tee sampai lebam. sekiranya anda tidak membawa sebarang distractions.. nescaya bila anda masuk jam yang ke 3.. anda akan merasakan semua staff2 di situ adalah punching bags (kecuali nurse yang comel dan rajin senyum =p).

on a separate note.. a friend of mine masuk hospital lately. ada major surgery and dia akan M.C. sebulan.. sebulllaaaannn!!!! jelesnya aku.. wahahhaa tapi memang patut laa sebulan.. sakit dia bukan kepalang.. sekarang patut dah operate dah.. tak dengar khabar berita lagi, mudah mudahan semuanya lancar lah.. semoga senyuman2 nurse yang baik hati dapat memulihkan dia secepat mungkin.. tak kiralah nurse laki kee nurse pompuan ke... hahahahah

Figura 1.1 "Kesabaran anda mampu menyelamatkan nyawa" ye laa tu...

Wednesday 20 May 2009

bisikan cuai...

ok.. simple... yang mana lagi best?? careless whisper original atau versi cover ni??



Tuesday 19 May 2009

khas buatmu...

maafkan aku sayang... maafkanlah diriku ini yang tak bisa menjagamu dengan sepenuh hati.. maafkan lah aku yang selalu mengabaikan mu... terbiar.. sendirian.. hampa.. maafkanlah aku cinta.. kerna aku tak tertoleh ke arahmu tatkala aku mengahadap pc.. melayari jaringan2 internet.. aku tau aku yang bersalah.. aku tau aku alpa dan perlupa.. sayang.. maafkanlah aku.. aku berjanji.. akan ku kemaskan pakaian.. akan kusapu semua debu-debu semalam dan hari hari yang sebelumnya... tubuhmu yang putih itu akan ku capai setiap inci.. akan ku hamparkan cadar baru di kamarmu... aku ku gagahkan mu dengan tangan tangan yang bisa memapah segala kepayahanmu.. percayalah..

dalam lidah manusia normal..

maaflah wahai bilikku.. aku selalu tak kemaskan kau.. selalu mengabaikan benda2 yang bersepah.. maaflah bilikku kerana aku selalu mengadap pc je.. online tak ingat dunia tapi tak kemas2 jugak.. aku tau aku ni selalu lupa laa.. ok ok.. janji.. balik nanti aku akan kosongkan laundry basket.. yee.. aku akan sapu sampah.. aku akan cuci sawang2.. kasi putih balik dinding.. tukar bedsheet baru dan pasang wall shelves yang aku angkat dari ikea itu hari.. dan beli lama dah.. tapi tak gerudi2 jugak dinding and pasang.. aku akan buat semua tu.. percayalah..

errr... jap.. ada ke manusia normal cakap ngan bilik??

(-_-')

terima kasih encik gregory house kerana telah mengajar aku bercakap seputar belit ini.. kamulah idola aku! xD

Figura 1.1 adik-adik.. cakap hi kat encik gregory house.. =D

Monday 18 May 2009

bukan aku...

aku bukanlah jack dawson "you jump i jump" mahupun encik darcy yang berladang besar.. jauh sekali aku ini romeo montague minum racun demi cinta ataupun shah jahan yang bina taj mahal tu.. don juan demarco.. lagi lahh jauh.. aku bukanlah jawapan kepada "munajat cinta" kamu... ataupun sebab "teardrops on 'your' guitar". sila jangan kaitkan aku dengan mana2 perkara yang telah disebut di atas. langit itu tinggi... tangan ini belum bisa capai lagi... bumi yang dipijak ini masih rendah, kaki aku harus terus mendaki... biar aku galas kepayahan ini.. bagaikan sepasang pemberat yang diikat di kaki.. bila stau hari nanti ia ditanggalkan... nescaya aku kan lebih kuat dari aku yang dulu...

Figura 1.1 khas buat mereka yang kurang pengetahuan tentang ankle weights yang aku maksudkan

Thursday 14 May 2009

mandilah untuk kesejahteraan sejagat!!

aku dengan setulus hati dan se serious yang mungkin... menyarankan agar kerajaan menawarkan program penerangan kepentingan mandi kepada foreigner2 yang masuk ke negara kita. tak pun.. sekurang-kurangnya... pihak kastam dapat me remindkan pelawat2 ini bahawa.. tahap humidity malaysia sangat tinggi.. dan kekerapan mandian adalah semoleknya sekali satu hari. aku bukan nak cakap foreigners ni busuk, tapi tak kira laaaa kamu tu foreigners kee.. locals ke... kalo tak mandi 2-3 hari.. memang bau macam sampah jugak.. malaysia ni panas dan humid.. ko berjalan sana sini sket pun dah berpeluh macam babi.. bila dah berpeluh macam babi... bau pun lebih kurang macam babi jugak laa... so.. kalau kamu mengamalkan gaya mandian hemisfera utara atau garisan2 lain dari khatulistiwa dan tropika.. nescaya kamu akan mengeluarkan aura tengik yang mampu membunuh.. kalo kamu backpacking dan merantau.. mungkin aku bleh faham.. tapi bila kamu tak merantau.. masuk kelas aku... dan bukan kamu sorang saja yang amalkan teknik mandian ala2 kutub utara.. memang aku rasa macam nak terajang jee... tak kira lah kamu tu hot macam mana sekali pun.. tapi bau macam gampang... takyah nak sengih2 kat aku... maya karin jee yang lulus nak sengih2 dan... er.. dan... takpe maya.. i love you anyway... =p

Figura 1.1 mandilah kamu sebelum kamu dimandikan... hahaha

Tuesday 12 May 2009

gurindam bulan ini..

semenjak hari pekerja itu hari... kepala otak aku dah masuk holiday mode. yeap.. like really holiday walaupun hakikatnya aku masih terpaksa ke office setiap pagi. iya.. aku di office, tapi fikiran aku jauh di tempat lain. tamatnya kelas2 masters aku menandakan satu group kawan2 aku yg masih di UiTM akan pulang ke kampung masing2. iya.. tak semua orang dapat grad tepat pada masanya.. semester 9.. 10.. 11 atau 12.. dah nasib badan.. nak buat camne? nilai manusia bukan pada CGPA nya ataupun semester berapakah dia berjaya grad. segulung ijazah tetap segulung ijazah.. ini semua kosmetik dunia superficial kita. jauh sekali dapat ia menilai seorang insan.. kosmetik superficial ini memang agak berkuasa.. pada yang lemah.. ramai yang mabuk mengejar dan melayan nya.. mabuk kuasa. mabuk pengiktirafan.. demi kuasa.. mereka sanggup buat apa saja.. mereka lupa.. atau mereka pejamkan mata pada kesialan mereka. kuasa tanpa kawalan adalah kegilaan.. tetapi kegilaan tanpa kuasa adalah gurauan.. pastikan anda tahu membezakannya.. iya.. blog entri ini tiada hala tuju dan juga bukan sumber informasi. ini adalah barisan kata-kata otak rosak aku.. rosak.. apa bagusnya kerosakan? look at the bright side.. kalo benda tu dah rosak.. takde orang bleh rosakkan lagi.. if it's already in pieces, u can just break em' into more little pieces je... or just ground em' dan guna untuk santau orang.. ahahahah im writing nonsense... im preaching craps.. tapi sejahat jahat benda.. ada sedikit kebaikan... dalam segila gila minda.. ada sedikit kewarasan dan sesampah sampah tulisan ada sedikit kearifannya..