Thursday 23 July 2009

Keadilan jantina...

pernah sekali ketika bermain truth and dare bersama kawan2, aku disoalkan satu soalan yang agak susah untuk aku jawab. "Azzam, kenapa you selalu kejam sangat dan kurang sensitif dengan perempuan?". dan aku yakin.. ramai juga wanita2 yang 'terasa' dengan aku... yang insecure bila im around.. ko tau2 je laaa bila mulut si azzam ni akan keluar kan a simple and direct truth yang diorang in denial. well, sekiranya aku tidak true dalam aku nye 'game', aku bleh je jawab sambil lewa. bagi jawapan serkap jarang yang misleading ke.. apa2 lah to just play their heads. ramai yang bertanggapan bahawa aku berdendam dengan kaum hawa kerna pernah dikurniakan ex-girlfriends yang hmm... *memikirkan ayat yang paling politically correct* hmm... factually unencumbered or reality challenged... tapi, seingat aku.. aku memang macam ni sejak sebelum ada awek lagi.. so.. it's nothing personal.. it's just the way i am.

to tell the truth.. aku sebenarnya seorang feminist.. aku percaya bahawa perempuan dan lelaki diciptakan sedikit berbeza tetapi harus dilayan dengan sama adil. jika seorang lelaki boleh menjadi leader.. seorang perempuan pun bleh menjadi leader.. tetapi boss perempuan tersebut haruslah memmpunyai the balls.. okayy.. itu statement sexist.. rephrase.. the guts to go and challenge people yang membuli subordinate dia.. membela nasib... demand hak.. and be strong. tak kira lah ko perempuan ke.. laki ke.. if you're a leader, it should come naturally. bukannya duduk sembunyi di balik meja, tunduk dan angguk kemudian menangis dan beremosi terlebih-lebih.

aku yakin aku seorang feminist... sebab sekarang kita dah dapat lihat banyak genderless terms yang diusulkan dan mula digunakan. seperti wujudnya perkataan 'hir' yg berfungsi sama seperti 'him' atau 'her' yang tidak merujuk kepada mana2 jantina. 'mandkind' di tukar kepada 'humankind'.. dan sebagainya.. aku sangat setuju.. maka.. ayat2 lain yang gender biased seperti 'ladies first' juga harus dibuang... kerana ianya sangat sexist.. begitu juga dengan perkataan 'dayus'.. satu perkataan sexist yg oppressive terhadap kaum lelaki... tiada keadilan di situ.. jika lelaki penerajang lelaki.. it's okay.. kenapa pulak lelaki takleh penerajang perempuan? di manakah keadilan itu?? kenapa dia perlu di 'label' sedemikian rupa and dicerca masyarakat??

maka benarlah aku seorang feminist.. di mana aku melayan semua orang dengan cara yang sama.. tak kira lah kau lelaki ke.. ko perempuan ke.. kalo dengan lelaki, normalnya aku akan main kutuk2 kejam untuk bergurau... perempuan pun sama laa.. kalau dengan lelaki aku sarcastic, perempuan pun.. sama jugak lah.. kalo dengan lelaki kalo salah yg bodoh aku bambu.. maka perempuan pun aku bambu lah.. kita sama saja kan?? keadilan antara jantina.. iya.. ianya bukan sesuatu yang mustahil.. dan ia patut bermula dengan anda!! =D hehehehehe

owwhh... extra.. extraa... sila jangan berpandangan serong terhadap wanita2 yang tidak memotong atau mencukur bulu-buluan di bandannya (termasuk ketiak, misai nipis, bulu kaki atau bulu hidung) kerana jika lelaki melakukannya, ianya adalah sesuatu yang normal... kenapa perempuan harus di label dengan benda negative bila mereka memilih untuk tidak berkawan mestra dengan mata pisau atau cecair waxing? bukalah minda anda.. keadilan ada di depan mata..!!

*kepada mereka mereka yang tidak mengenali aku secara rapat, untuk pengetahuan anda.. saya sedang BERGURAU... tapi seronok jugak kan bila kita fikir benda2 macam ni?? =p

Friday 17 July 2009

Pesta musika dunia hutan hujan...

i know this one cam dah overdue kaw2 punya... tapi im gonna post it anyway.. for me.. rainforest world music festival was awesome!! im not gonna say much and i'll let the pictures do the talking lah.. with some caption from me tho.. dont worry lah.. i'll spare you from our nonsense camwhoring and just focus lebih kepada the event..

Figura 1.1 Selamat datang!!

Figura 1.2 when you have one of this, it'd surely help.

Figura 1.3 Stringed instruments workshop

bagi aku.. yang paling menarik bout RWMF ni adalah kerana workshops yang di handle pada siang harinya. performer akan adakan workshop di 3 area berbeza dan focus terhadap a certain aspect of music..

Figura 1.4 Crowd di Iban longhouse, venue 1

and of course during all these workshops, people can participate, interact which rarely happens in other music festivals. inilah bagi aku, daya penarik sebenar festival ini and it'd appeal to all music lovers out there jugak.

Figura 1.5 Workshop in Dewan Lagenda, venue 2

music here, yang aku maksudkan bukanlah music popular.. tapi cinta pada music accros genre, culture, ethnicity.. the world lah basically.. and of course pada people yang main instruments.. they could appreciate and relate to during these workshops

Figura 1.6 Crowd yang attended the workshop

Figura 1.7 Workshop bamboo instrments kat Main theatre, venue 3

Figura 1.8 Lampu ballroom ala periuk kera yang cun!

Figura 1.9 Crowd menunggu hari gelap di main stage

Figura 2.0 Propaganda H1N1 juga turut di selit.. the 1st rainforest 'masquerade' music festival

so here are some of the performers in action..






it was a great experience to be there.. a refreshing new stuff than just mope around in KL je. im absolutely looking forward to more trips in the future..

*credit to Panida Lorlertratna for pictures

Wednesday 15 July 2009

Jangan Tegur: Lets villainize men!!


Look at the guy

*by Mr.Lat*

Tuesday 7 July 2009

Swine lebih famous dari mawi...!!

okayh... sebelum korang komen apa2.. aku bagitau dulu laa awal2... ni just my opinion bout the issue je.. takde real research pun.. through observation ngan discussions je... tak ke korang rasa swine flu pandemic cam over rated? death rate swine flu cuma somewhere below 10%.. ada yang kata it's even below 5%.. kalo nak dibandingkan dengan bird flu dulu yang dalam 60%.. kalo betul laaa 5% death rate.. dia cam up sket je dari demam denggi.. *insert bunyi fogging yang dibenci ketika tidur petang di hostel*

im not trying to take this issue lightly gak.. tapi perasan tak pandemic ni banyak jadi lepas global recessions? pharmaceutical companies memang banyak kaut untung time2 camni.. malaysia alone, dah brape banyak equipment kerajaan labur nak cover entry points and internal transfers lagi.. kawan aku yang kerja hospital, swine flu specific teams dah jadi macam astronaut dah dengan new gadgets and all.. i smell a conspiracy theory.. $$$$$ hahahahah

aku bukannya apa... just terasa kelakar laaa bila aku makan kat nandos pun.. kat folded table menu dia pun nak kasik tips elak swine flu gak.. giller commercialized pandemic ni.. xD dah hype mengalahkan mawi waktu dia masuk AF dulu dah ni... apa barang setakat kuar mamee slurp jee weihh?? aku jugak yakin mawi tak mampu tutupkan beberapa skolah and buat kecoh kat urbanscapes.. crowd2 urbanscapes sure pandang mawi sebelah mata je kan?? wahhahahaha

ok.. ok.. back to the issue, kalo nak beli satu mask tu dalam 8ringgit kot.. ntah.. modal nak buat.. hmmm... ntah.. try laa tanya.. kawan2 aku ada gak laa yang study abroad, kerja, stay sana.. tapi takde laa plak entry point semua nak scan2 and all.. awareness pun secara general je.. takde gelabah2 pun... adakah kita jadi camni sebab muslim country nye swine-phobic cliche? atau adakah ianya sengaja di direct kan kepada kita supaya pharmaceutical companies dari negara2 'sana' bleh tampal2 sket effect recession? korang fikir sendiri lah.. semua dah besar panjang.. =D yang aku tau.. kalo demam.. aku gi hospital.. ko pun patut gak laa.. chalo.. nah.. hadiah untuk korang... babi sekor!

Figura 1.1 Mawi... sila bunuh haiwan ini untuk kembalikan zaman kegemilangan awak! hahahaha

Ninja master obama!!

A bit outdated.. but hell.. this is funny weihh... apa2 benda pun bleh jadi modal bebudak zaman sekarang.. im 'for' obama and the destruction of house flies!!!

Saturday 4 July 2009

Haihh.. tatau nak kata apa dah...

Ni aku patut DDT diorang ke patut be grateful ada gak orang ingat kat aku.. entahlah.. cam dua2 gak laaa kot.. apa perasaan korang kalo bukak2 facebook nampak ni..

tak clear.. aku tau..malas nak clear kan dan sengaja supaya susah sket korang nak baca kesengalan bebudak ni.. hahahaha

Friday 3 July 2009

Nine to five: seniman delusional..

apa perasaan korang kalau ada rakan sepejabat anda yang kononnya (mungkin dia benar2 suka) cintakan music dan mengusung gitarnya ke sana ke mari di ofis? masa2 semua orang bekerja, dia akan hilang dan dendangkan lagu di sana sini macam seniman jalanan.. aku tak kisah actually.. in fact, aku bleh je join sekaki petik satu dua lagu... TETAPI.. janganlah sibuk sangan dengan gitar tu sampai kerja tak siap.. sampai orang kena call berpuluh puluh kali untuk submit kerja.. jangan lah sampai menyusahkan orang lain punya kerja, pending sebab tunggu input dari ko untuk submit report and all... janganlah sampai kau susahkan orang2 dari department lain dan busukkan nama orang2 department ko yg tekun bekerja tu ha... we're all adults.. perlukah orang bebel kat kau macam budak kecik? tak kan? perlu kah orang marah2, tempik2, kasi surat amaran dan mengadu kat higher ups? tak perlu kan? aku tak suka kacau or tutup periuk nasi orang, tapi ingatlah... banyak je jerung, ular dan vulture kat luar sana yang would be more than glad nak taruk pasir time ko tengah tanak nasik... apa2 pun.. aku rasa the person mesti take this video seriously...



aku berani bet, dari berapa banyak pun hot girls yang ko nyanyikan, and ko claim they were charmed by your guitar.. takde satu pun yang ko dapat, kan? stop being delusional... music is for your heart not for getting laid.. =D