Friday 30 October 2009

Kerusi kosong...

hari ini dan semalam terasa kosong... aku pun tidak mengerti.. mungkin sebab kelas masters aku sudah tiada. mungkin juga sebab di malam harinya aku tidak ke mana-mana.. seperti tak berisi, walaupun aku sibuk membaca journal2.. article2 untuk term paper psychology yang berilmiah.. eye opening, tapi aku masih lagi rasa bagaikan a 'blank slate' yang dibicarakan plato. adakah kerana semalam aku tak punya sebarang kelas untuk diajar, maka masa2 yang dihabiskan di office rasa disia-siakan.. mungkin.. adakah ianya kerana aku tidak suka berada di office ini?? mungkin juga.. aku toleh ke kiri.. kerusi itu kosong.. mungkin..

Monday 26 October 2009

Selamat datang, Angkatan Jahanam...

aku telah berjaya menonton filem Angkatan Jahanam arahan Quentin Tarantino tadi.. sangat menarik, sangat moving.. and of course dengan touch Quentin yang pelik2 tu... bagi mainstream moviegoers, mungkin ini bukan sesuatu yang sesuai buat anda. especially mereka yang tak suka media violence laaa.. wuss!!! =p Tarantino fans, this is a must watch! sekarang aku tgh dapatkan versi yang tak dipotong untuk menghayati dengan lebih lanjut keganasan yang dipaparkan! Hail, The Basterds!!!

watak kegemaran: Sergeant Hugo Stiglitz

Tuesday 20 October 2009

Wayne... nama aku bruce wayne!

sekarang, aku tengah sibuk bermain game Batman: Arkham Asylum. serious, baru aku faham perasaan christian bale, to think and to be the cape crusader.. the dark knight!!


honest, battle system dia memang bukan main2... fluid abis.. dia tak pakai system block macam watchmen, wolverine:origin, lord of the rings atau mana2 game before this. being batman is all about counters.. attack dari kiri, kanan, depan, belakang... time your counters and hell, it'll look like you're watching a choreographed scene in a movie, and each time a different one!

Monday 19 October 2009

Meh layan musical dowhh...


bagi yang tak tahu, willow ni an original musical from Faculty of Education, UiTM. it was staged last year dalam bulan febuari camtu at Panggung Bandaraya, Jalan Raja Laut. it is co-written by adlan ramly and cik ana rafali, yeap... cik ana hujan bunga di kuala lumpur korang tu laa.. yang artis tu... =p

this time around, they're doing it professionally.. full scale drama production set to rock your socks off! so, kepada yang interested.. sila visit official website for the details. and the staging is for charity, bantuan kepada Tasputra Perkim, a day care training centre for children with special needs. jadi, pihak production mengalu-alukan sponsorship dari mana2 badan yang berminat.

from me... cerita ni best dowhhh... wajib tengok dowwhhh... bawak laaa gf/bf korang supanya korang nampak lebih sophisticated sket, layan musical theater and all.. hahahahah see you there! aku memang budak aliran literature, tapi tak sophisticated mana pun.. simple je.. as simple as "Jom! tengok!!!"

(for further reading done by NST click -here-)

Word!!!

Something that people yang pakai mac could never have!! WORD!!!

Tuesday 13 October 2009

Selamat tinggal dunia nyata!!

Damn!!!! damn!! damn!!!!!! camne aku nak dok diam2 bila aku dah tengok benda ni??
arrrghhhh!!!!



Usia naga... errr i mean zaman naga... errrmm... still bunyi tak kena juga.. Dragon Age ni akan kuar 3 November nanti!! wohoooooooooooo....

awek cun vs dragon age

babaii awek.. see ya later!! helloo hottie, lemme play ya dragon age!! huhuhuh

Thursday 8 October 2009

Ilusi..

hidup ini sebenarnya penuh dengan ilusi.. ilusi yang dibina oleh setiap individu yang digelar mereka realiti. ilusi berdasarkan apa yang mereka percaya dan pilih untuk percaya. mungkin dalam perkataan yang lebih biasa digunakan adalah perspective, atau pandangan.. tetapi dari mata yang memandang itu, terbentuklah satu ilusi. semua ini terbina oleh fasad2 manusia, dengan niat dan motif masing2. dan manusia jua tercipta berbagai ragam. maka pelbagai ilusi dan lakonan akan membentuk realiti realiti yang berbeza bagi setiap orang. ilusi juga merupakan senjata.. senjata yang boleh digunakan untuk memanipulasi orang lain.. dengan belitan lidah2 hasad, kita mampu merealitikan sesuatu kepada orang lain untuk mempergunakan mereka atau membentuk dinding2 yang melindung orang yang tercinta. aku sedar kewujudan kuasa itu.. kamu juga sedar akannya. cuba kita buka mata kita seluas-luasnya.. pandang ilusi2 ini setajam-tajamnya dan mungkin kita akan lihat realiti di sebalik ilusi.. di sebalik dinding-dinding yang dibina di sekeliling orang2 yang disamping mu atau disebalik konspirasi2 mata-mata jahat yang memandang.


Wednesday 7 October 2009

Ketika ini...

Aku sedang bertarung dengan assignment2 masters durjana... doakan keselamatan aku wahai kawan..


If only i could just eat them...