Thursday, 21 April 2011

Hakikat

terima hakikat...
kita semua takkan mungkin bisa fikirkan benda yang sama
telan segala ludah pekat
kita bicara sefahaman bilamasa orang keliling dunia masih bertikam bukan dengan lidah sahaja
sudah takdirnya begini
aku kau mungkin sebulu tapi adakah mereka diorang juga begitu?
hari hari dijamu berita kebangsatan kita
kita itu aku kau mereka diorang juga
tak reti penatkah?
tak reti penatkah dari segala liputan berita sensasi dan dunia tunggang langgang?
terima hakikat
setiap ada yang atas pasti ada yang bawah
setiap adanya sayang pasti ada benci
setiap adanya masa pasti kita sentiasa kerugian
terima hakikat...

Cyberjaya 21st April 2011 5.42pm

1 comment:

Anonymous said...

Bersyukurlah...takdir penentu segala.
Part 'ludah pekat' tu sgt memberi impak, loya tekak aku (membayangkan cecair hijau likat berlendir..wow!). Tp klau dah kahak sndiri, biasa aja ditelan.
Syabas.
Drp,
WanLau