Tuesday, 12 April 2016

Budaya Negatif: Melantun-lantun

Kebelakangan ni aku tengok, terutama sekali di media sosial.. satu gejala negatif dah semakin menular dikalangan kita. Mungkin kamus dewan ada definisi tersendiri tapi aku lebih gemar melabelkan gejala ni sebagai budaya 'Melantun-Lantun'.

Apakah definisi, deskripsi, dan kesesuaian aplikasi budaya ini? Tak perlu aku aku jelaskan sebijik-sebijik. Cuba bukak Facebook... tengoklah newsfeed. ramai yang tengah melantun-lantun mengenai isu-isu 'semasa'. cakap main lepas.. main share aje benda tanpa usul periksa. main sergah jaaa tak kira laa spekulasi kosong atau tidak, buta fakta. melantun-lantun... terjerit-jerit crying foul atau playing the victim.

Sedap-sedap share benda yang entah betul entah tidak... tak check. bila kita bagitau benda tu salah dan tengur... yang bajet alim bagi excuse macam ni..

"Kalau tak share, tak tau betul ka dak. Bila share akan ada yang betulkan jika salah. Pakat tegur menegur and pesan memesan dengan kebaikan serta kebenaran"

WTF!!!!!

sedap-sedap jaaa lepas tanggungjawab. orang-orang macam ni adalah hipokrit to the highest order yang patut dicampak ke dalam lombong (ok ok... tak baik campak orang dalam lombong). Nak hadis ka? jap.. jap... nak google and research.....


.......... dah jumpa

بسم الله الرحمٰن الرحيم
Hadis ke-1511:
وعن أَبي هريرة – رضي الله عنه – عن النَّبيِّ – صلى الله عليه وسلم – قَالَ: «مَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِاللهِ وَاليَوْمِ الآخِرِ فَلْيَقُلْ خَيْرًا أَوْ لِيَصْمُتْ» متفق عَلَيْهِ
وهذا صَريحٌ في أنَّهُ يَنْبَغي أَنْ لا يَتَكَلَّمَ إِلاَّ إِذَا كَانَ الكلامُ خَيرًا، وَهُوَ الَّذِي ظَهَرَتْ مَصْلَحَتُهُ، ومَتَى شَكَّ في ظُهُورِ المَصْلَحَةِ، فَلاَ يَتَكَلَّم
Daripada Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, daripada Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam Baginda bersabda, “Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat maka hendaklah dia berkata baik ataupun diam.” (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
(source) (jakim)

the burden of truth is upon the people who said/shared it. bukannya susah pun nak check kesahihan. banyak jaaaa cara.. cuma kita yang PEMALAS! nak check sikit sebelum share pun MALAS!!... dah baca something... TELAN BULAT-BULAT sebab MALAS nak check sahih ke tak. lepastu.... MELANTUN jerrr kerja.

satu siri ceramah dibatal sebab tajuk kontroversi... pergi sebar kata kerajaan haramkan/halang penceramah masuk. selena gomes boleh masuk.. kenapa penceramah takleh masuk.

waaaaaaaaaiiitttttt.......

penceraamah tu ada jaa kat dalam malaysia... session2 dia yang lain jalan jerr...... tapi... APA SANGKUT PAUT SELENA GOMES DENGAN ISLAM, HIDUISM, CERAMAH DAN KERAJAAN MELAYSIA?

pencetus ummah kaaa.. ustaz facebook ka... main pusing... main share... bakar line. yang berilmu pun... turun join the 'cool kids'... share.

Malu weii... aku malu dengan kejahilan orang-orang bijak pandai kita main share argument-argument dan protes yang tidak berasaskan fakta, tangkap muat, exegerated and manipulated to blow things out of proportions.

Tahniah... rakyat Malaysia. Most of you guys have shown your true shallow selves. =D

adieu~!

Wednesday, 6 January 2016

Ye... Aku Kembali...

1000 Tahun - Butterfingers

Memanglah Penat

Tapi macam mana nak buat
Sudah terlambat
Baru nak cepat

Terperanjat

Harap maafkan di atas segala kesulitan
Perselisihan yang dihadapi selama ini
Amat di kesali Tak kan berulang lagi

Kembali
Kembali kepada selamanya
Kembali
Kini ku bangun sedar dari mimpi
Kembali
Kembali kepada petak pertama
Kembali
Ku mahu hidup 1000 tahun lagi

Saya tak akan
Mengambil kesempatan
Walaupun diriku ini kesempitan
Di awan kesembilan

Kotaraya cosmopolitan ini
Penuh dengan iblis dan syaitan
Penuh dugaan
Kalau jatuh lagi
Berdiri Kembali sekali lagi


Aku Orang Melayu...

Biar lah busuk mana pun Tun M kata melayu mudah lupa itu ini.. Aku tak mungkin rasa malu aku melayu. Biar lah se 'HIP' mana sekalipun design jubah lelaki muda mudi masa kini. Baju melayu itu jugalah yang paling padan.. yang paling lekat di jiwa.

Orang dulu kata, belajar sampai ke negeri cina. Tapi orang yang cakap tu lupa kat Malaysia pun dah ada universiti (dulu tak dak cek oi... sebab tu laa suruh pi sana). Nak belajar dengan orang cina pun ramai dah ada kat sini.

Ustaz-ustaz wannabe, PU, imam kanyiaq cakap bahasa melayu macam Pak Arab (padahal bumi asia barat pun tak pernah jejak) pulak mungkin lupa loghat kampung mereka. kadang2 rasa tebal nak lempang sekoq2 tu sama macam brader balik UK cakap melayu.. "say ye ow rang pew tih."

Kenapa? Busuk sangat kah bahasa ibunda bangsa? Buruk sangat ke teluk belanga? Daif sangat kah bangsa kita? Maaf, aku orang melayu. Kemelayuan di zaman moden ini haruslah seumpama air milo, masuk cawan bulat, bulat jadinya.. masuk cawan petak, petak jadinya... tapi rasanya tetap MILO.

"Ta' Melayu Hilang Di-Dunia"