Wednesday 6 January 2016

Ye... Aku Kembali...

1000 Tahun - Butterfingers

Memanglah Penat

Tapi macam mana nak buat
Sudah terlambat
Baru nak cepat

Terperanjat

Harap maafkan di atas segala kesulitan
Perselisihan yang dihadapi selama ini
Amat di kesali Tak kan berulang lagi

Kembali
Kembali kepada selamanya
Kembali
Kini ku bangun sedar dari mimpi
Kembali
Kembali kepada petak pertama
Kembali
Ku mahu hidup 1000 tahun lagi

Saya tak akan
Mengambil kesempatan
Walaupun diriku ini kesempitan
Di awan kesembilan

Kotaraya cosmopolitan ini
Penuh dengan iblis dan syaitan
Penuh dugaan
Kalau jatuh lagi
Berdiri Kembali sekali lagi


Aku Orang Melayu...

Biar lah busuk mana pun Tun M kata melayu mudah lupa itu ini.. Aku tak mungkin rasa malu aku melayu. Biar lah se 'HIP' mana sekalipun design jubah lelaki muda mudi masa kini. Baju melayu itu jugalah yang paling padan.. yang paling lekat di jiwa.

Orang dulu kata, belajar sampai ke negeri cina. Tapi orang yang cakap tu lupa kat Malaysia pun dah ada universiti (dulu tak dak cek oi... sebab tu laa suruh pi sana). Nak belajar dengan orang cina pun ramai dah ada kat sini.

Ustaz-ustaz wannabe, PU, imam kanyiaq cakap bahasa melayu macam Pak Arab (padahal bumi asia barat pun tak pernah jejak) pulak mungkin lupa loghat kampung mereka. kadang2 rasa tebal nak lempang sekoq2 tu sama macam brader balik UK cakap melayu.. "say ye ow rang pew tih."

Kenapa? Busuk sangat kah bahasa ibunda bangsa? Buruk sangat ke teluk belanga? Daif sangat kah bangsa kita? Maaf, aku orang melayu. Kemelayuan di zaman moden ini haruslah seumpama air milo, masuk cawan bulat, bulat jadinya.. masuk cawan petak, petak jadinya... tapi rasanya tetap MILO.

"Ta' Melayu Hilang Di-Dunia"