Monday 20 June 2011

Musim menanda paper tiba lagi...

yeapp.. inilah musimnya... bikin hati panas.. menyirap.. semua cukup. sebab sepanjang semester kita mengajar.. kita dapat benda2 macam ni...

Monday 6 June 2011

Kejadahan rambut strikes back..

yeapp... aku nak cakap pasal rambut. and yeap aku nak cakap pasal rambut lelaki. rambut pompuan dah berkati2 magazine keluar tiap2 minggu just pasal rambut korang. so skarang duduk diam2, dengar aku cerita pasal rambut lelaki. aku pernah cakap pasal ni dulu.. yeap dulu aku cakap dengan terlalu bersandar dengan emosi tapi kali ni aku nak olah dengan lebih teliti. aku memang tak pernah faham kenapa orang selalu biased for rambut pendek for men. walhal, rambut pendek ini adalah budaya barat yang telah diangkat oleh kita. budaya pinjam. budaya brainwash barat dimana ianya sekarang secara universal nya semua orang cakap lelaki MESTI rambut pendek.

walaupun kita telah di brain wash, subconsciously kita tau... dulu-dulu.. lelaki pun rambutnya panjang. tak percaya?? pergi laa tengok balik cerita2 melayu zaman sebelum jajahan barat. rambut lelaki semua panjang2 belaka. merong mahawangsa, rambutnya panjang. dalam cerita puteri gunung ledang... hang tuah rambutnya panjang... alahh.. hang tuah yang "tak melayu hilang di dunia tu" laa... so secara adatnya bukankah kita patut mencontohi dia dari mencontohi pak salleh yang datang dengan kapal meriam senapang menjajah kita?

tak payah contoh melayu sahaja... orang china dulu pun rambutnya asal panjang. tak percaya? tengok laa cerita wong fei hong tu.. fung sai yuk ke... ip man ke... rambut orang china asalnya botak depan dan ponytail yang sangat panjang. orang jepun pulak... tocang itu adalah honor seorang selaki dan lelaki yang tak bertocang umpama lelaki yang telah dirampas maruahnya (especially samurai).walaupun kita dah maju.. dah modern.. maka harus sangat kah kita ikut gaya rambut 'modernisasi' ini? kenapa semua orang sibuukkkk sangat dengan benda ni?

aku a bit reluctant kalo nak discuss dari sudut agama sebab knowledge aku pun tak ke mana. tapi blogger lain refer to hadis, read here yourself. tak ada salahnya berambut panjang selagi tidak menyerupai perempuan.so.. nak tanya sket... ni nampak macam pompuan ka???

sila bersihkan persepsi cetek anda tentang rambut lelaki okay?