Saturday, September 3, 2011
I miss you....
Wednesday, August 31, 2011
Syawal
Duhai Syawal, duhai anakku..
dihening pagi ayahandamu menunggu
dimanakah silapnya.. dimanakah salahnya
melangkah pergi tak kunjung kembali
kadang lidah tersasul, hati keras tak luntur
apakan daya diri memikul
rasa rindu yang menyusul
dingin nya wajah bukan kerana marah
tegas nya suara bukan kerana benci
berdekad kudrat dikerah untuk melihatmu berdiri
Duhai Syawal, duhai anakku..
dihening pagi ayahandamu menunggu
dimanakah silapnya.. dimanakah salahnya
melangkah pergi tak kunjung kembali
setiap kali mata dipejam wajah mu menjelma
dari langkah pertama hingga dewasa
di pagi ini di manakah perginya?
Duhai Syawal, duhai anakku..
dihening pagi ayahandamu menunggu
dimanakah silapnya.. dimanakah salahnya
melangkah pergi tak kunjung kembali
anakku.. putihkanlah yang hitam
tangan menanti salam bersambut
di pagi syawal.. harapan dikalam
-30 Ogos 2011
1 syawal
Hilang...
yeap... aku menghilang dari pentas blogger ni untuk masa yang agak lama. sebab? musibab? semestinya aku sekarang sedang sibuk dengan persiapan kahwin. yeap... dalam ke'hilang'an aku itu ari, aku sempat bertunang. gambar? takyah lahhhh.. aku bukannya selebriti pun. mungkin selepas aku pakai facial wash gatsby... mungkin aku akan upload gambar aku.
so far.. semuanya okay... im on the right track. cuma mungkin aku selalu biarkan blog aku ni terabai. mungkin jugak seperti yang kawan aku suka cakap.. time2 bahagia, tak syok berblogging. sebab bila bahagia... kita takde bahan yang nak critical sangat. semua benda nampak cotton candy... semuanya baik2 belaka. alaaa... bahagia. berblogging ni best time2 tengah marah... frust... sedih.. emo... tak puas hati. sebab masa2 macam tu laaaa otak kita akan lebih peka dan sensitif. lebig analytical dan critical. tapi bagi aku... apa guna tulisan2 yang analytical dan critical itu kalau jiwa dan hati tak tenang? jujur aku cakap... aku lebih rela trade in 100 blogpost aku yang dilandaskan oleh pergolakan perasaan dengan seminit ketenangan dan kebahgiaan.
aku tidak perlu drama!
Thursday, August 4, 2011
Vegan black metal chef..
aku rasa brother brian dari Vegan Black Metal Chef patut dapat a slot or two kat asia food channel, travel & living etc. dia awesome!!!!
Monday, June 20, 2011
Musim menanda paper tiba lagi...
yeapp.. inilah musimnya... bikin hati panas.. menyirap.. semua cukup. sebab sepanjang semester kita mengajar.. kita dapat benda2 macam ni...
Monday, June 6, 2011
Kejadahan rambut strikes back..
yeapp... aku nak cakap pasal rambut. and yeap aku nak cakap pasal rambut lelaki. rambut pompuan dah berkati2 magazine keluar tiap2 minggu just pasal rambut korang. so skarang duduk diam2, dengar aku cerita pasal rambut lelaki. aku pernah cakap pasal ni dulu.. yeap dulu aku cakap dengan terlalu bersandar dengan emosi tapi kali ni aku nak olah dengan lebih teliti. aku memang tak pernah faham kenapa orang selalu biased for rambut pendek for men. walhal, rambut pendek ini adalah budaya barat yang telah diangkat oleh kita. budaya pinjam. budaya brainwash barat dimana ianya sekarang secara universal nya semua orang cakap lelaki MESTI rambut pendek.
walaupun kita telah di brain wash, subconsciously kita tau... dulu-dulu.. lelaki pun rambutnya panjang. tak percaya?? pergi laa tengok balik cerita2 melayu zaman sebelum jajahan barat. rambut lelaki semua panjang2 belaka. merong mahawangsa, rambutnya panjang. dalam cerita puteri gunung ledang... hang tuah rambutnya panjang... alahh.. hang tuah yang "tak melayu hilang di dunia tu" laa... so secara adatnya bukankah kita patut mencontohi dia dari mencontohi pak salleh yang datang dengan kapal meriam senapang menjajah kita?
tak payah contoh melayu sahaja... orang china dulu pun rambutnya asal panjang. tak percaya? tengok laa cerita wong fei hong tu.. fung sai yuk ke... ip man ke... rambut orang china asalnya botak depan dan ponytail yang sangat panjang. orang jepun pulak... tocang itu adalah honor seorang selaki dan lelaki yang tak bertocang umpama lelaki yang telah dirampas maruahnya (especially samurai).walaupun kita dah maju.. dah modern.. maka harus sangat kah kita ikut gaya rambut 'modernisasi' ini? kenapa semua orang sibuukkkk sangat dengan benda ni?
aku a bit reluctant kalo nak discuss dari sudut agama sebab knowledge aku pun tak ke mana. tapi blogger lain refer to hadis, read here yourself. tak ada salahnya berambut panjang selagi tidak menyerupai perempuan.so.. nak tanya sket... ni nampak macam pompuan ka???
Monday, May 30, 2011
Budak kecik bernama Taj...
Aku admit.. I'm not very good with kids. especially yang kecik2 dan yang tak faham bahasa lagi tu. susah nak communicate dan due to communication breakdown, aku selalu jadi benggang. aku dah ada 6 nephew/nieces, dia punya headache, perghh... of all anak2 sedara aku ni, skarang... yang seorang ni laa paling banyak hal dan juga benda sengal ngan aku.. si taj rasyad.
hal.. memang laa banyak. dia punya rengek.. aduh.. kecik2 pun dah pandai merajuk n all. bikin panas. tapi banyak jugak laaa benda2 sengal yang best/kelakar/pelik dengan budak ni. macam ituari kitaorang gi nilai. lalu laaa highway KL seremban tu. budak taj ni tak cakap fasih lagi. berbunyi tapi perkataan dan bunyi-bunyian yang tak make sense lah. waktu kitaorang on the way balik tu.. dia tgh berdiri and berceloteh laa dalam kereta. pastu waktu passing nilai memorial tu... tiba2 jerr dia berhenti cakap, toleh ke arah situ and waved dan cakap "daaaa..". akak aku dah ackap "ahhh.. sudah.. apa laaa plak budak ni gi babai ni". siang... so sebab tu lah ianya kelakar instead of jadi cuak.
tu satu hal... pastu ada satu kali plak time kitaorang balik dari shah alam ke putrajaya, aku beli cendol kat seksyen tujuh(tepi kilang dekat i-city) tu.. beli untuk semua orang laa.. dalam kereta dok elok2 pastu akak aku tegur, "apsal ngan si taj ni... dari tadi asyik senyum sorang2 saja... diam and sengih ja". orang tegur dia pun senyap dan senyum jer.. aku pun cam.. budak ni dok senyum sorang2 apa hal? high ke? and then it occured to us... akak aku yg bijak lagi penyayang tu gi share cendol dengan anak dia. yeap.. CENDOL PULUT TAPAI! confirmed! budak tu high dan tengah nampak some psychedelic things. sbb tu tersenyum sorang2. hahaha
so kalo ko ada anak sedara yang hyper sangat, sumbat jaa tapai... confirmed stoned! =D so that's it.. nephew aku si taj rasyad.. budak yang time kecik2 pun pernah tak sober!
Tuesday, May 10, 2011
Sex Ed Rocks!!!!
yeaaa.. yeaa.. aku tau of late aku selalu post video youtube. nak buat macam mana? banyak sangat hilarious clips of late/lagu2 yang best aku jumpa kat situ. so this one... sangat menarik... wajib tonton =p
Sunday, May 1, 2011
Psychosocial Baby!!!
inilah dia... justin bieber featuring slipknot... *finggers crossed harap satu hari nanti aku bleh tengok lagu ni live. hahahahahhahahahaha
Tuesday, April 26, 2011
Bila lelaki menangis...
yeaa yeaa... aku tau, aku memang selalu me war2 kan kemochoan lelaki. betapa lelaki itu gagah and all. boys dont cry.. tapi aku juga sedar yang segagah-gagah lelaki pun. ada masanya dia hanya seorang lelaki. he's only a man. bukan semua benda lelaki boleh drop kick and get over it cam tu jer. dan seperti kata2 mendiang bob marley, no woman no cry. selalunya, lelaki hanya akan menangis when nobody's around. contoh terbaik ialah dalam toilet, ketika mandi atau konon2 urusan lain. bila matanya merah keluar dari toilet, bleh jawab "owhh... shampoo masuk mata tadi". bagi perempuan perempuan yang berjaya buat lelaki menangis di public, tahniah! anda memang hebat sebab anda dah berjaya melumatkan ego seorang lelaki. dan ingat jugalah... bila kamu berdepan dengan lelaki lelaki yang berego tinggi ni, sebenarnya hasil dari kraf'tangan' perempuan jugak. bila ego dilumatkan, diorang akan pacak dinding yang lebih tinggi the next time. hati dikeraskan setakah dua lagi. ini overgeneralization.. tapi kebanyakannya itulah isunya.
apa? bila last aku menangis? hmmm... bila last aku menangis memang mustahil laaaaa aku nak share ngan korang. hahaha jangan HARAP! tapi first time aku nangis in public, boleh laaa kot aku cerita. dont worry, aku takkan loya buruk lah ngan korang cakap 1st time aku nangis time aku baby dulu. ni betul2 nye cerita lah.. it was back when i was in secondary school (aku tak ingat exact years sebab benda2 sedih aku slalu mental block kan the details). yeap, primary kita skip lah ye? tu kira budak2 lagi. waktu tu aku terima berita kematian arwah atuk aku. all the way, aku play it cool. macam takder perasaan. unmoved. just buat dono jer.. konon2 dah besar, ta perlu kot nangis walaupun orang lain semua dah sedih kaw2. aku cuba be a 'man'. cuba yerr.. dan bilamasa aku sampai di hospital.. still lagi maintain. "owhh.. atuk dah tak ada.. atuk dah ada kat tempat lebih baik dengan Allah" adalah mantra aku time tu. dan bilamasa aku tengok jenazah atuk aku.. barulah bergoyah hati aku. bilamasa nurse menyelak kain melitupi muka jenazah atuk aku... wajahnya sayu lembut dan mata terpejam. dan ketika itulah... bagi disentap oleh seluruh liang urat aku.. aku rebah dalam tangisan. atuk kesayangan aku dah tak ada... selama-lamanya.. okay... aku taknak tulis the details.. korang agak2 sendiri lah ye? hahahah *sapu air mata setitik kat mata.
kawan2 (yg jantan ye), tak salah kalo air mata kita jatuh. kita manusia. tak salah kalau kita hiba, kita bukan the only one yang perlu tanggung beban perasaan itu. ada masanya 'drop kick' bukan penyelesaiannya. tapi jangan lah gunakan air mata tu sebagai senjata untuk memanipulasi orang. yang tu biarlah cik gadis cik gadis jer yang pakai... okay? =D





