Showing posts with label life. Show all posts
Showing posts with label life. Show all posts

Tuesday, 12 April 2016

Budaya Negatif: Melantun-lantun

Kebelakangan ni aku tengok, terutama sekali di media sosial.. satu gejala negatif dah semakin menular dikalangan kita. Mungkin kamus dewan ada definisi tersendiri tapi aku lebih gemar melabelkan gejala ni sebagai budaya 'Melantun-Lantun'.

Apakah definisi, deskripsi, dan kesesuaian aplikasi budaya ini? Tak perlu aku aku jelaskan sebijik-sebijik. Cuba bukak Facebook... tengoklah newsfeed. ramai yang tengah melantun-lantun mengenai isu-isu 'semasa'. cakap main lepas.. main share aje benda tanpa usul periksa. main sergah jaaa tak kira laa spekulasi kosong atau tidak, buta fakta. melantun-lantun... terjerit-jerit crying foul atau playing the victim.

Sedap-sedap share benda yang entah betul entah tidak... tak check. bila kita bagitau benda tu salah dan tengur... yang bajet alim bagi excuse macam ni..

"Kalau tak share, tak tau betul ka dak. Bila share akan ada yang betulkan jika salah. Pakat tegur menegur and pesan memesan dengan kebaikan serta kebenaran"

WTF!!!!!

sedap-sedap jaaa lepas tanggungjawab. orang-orang macam ni adalah hipokrit to the highest order yang patut dicampak ke dalam lombong (ok ok... tak baik campak orang dalam lombong). Nak hadis ka? jap.. jap... nak google and research.....


.......... dah jumpa

بسم الله الرحمٰن الرحيم
Hadis ke-1511:
وعن أَبي هريرة – رضي الله عنه – عن النَّبيِّ – صلى الله عليه وسلم – قَالَ: «مَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِاللهِ وَاليَوْمِ الآخِرِ فَلْيَقُلْ خَيْرًا أَوْ لِيَصْمُتْ» متفق عَلَيْهِ
وهذا صَريحٌ في أنَّهُ يَنْبَغي أَنْ لا يَتَكَلَّمَ إِلاَّ إِذَا كَانَ الكلامُ خَيرًا، وَهُوَ الَّذِي ظَهَرَتْ مَصْلَحَتُهُ، ومَتَى شَكَّ في ظُهُورِ المَصْلَحَةِ، فَلاَ يَتَكَلَّم
Daripada Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, daripada Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam Baginda bersabda, “Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat maka hendaklah dia berkata baik ataupun diam.” (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
(source) (jakim)

the burden of truth is upon the people who said/shared it. bukannya susah pun nak check kesahihan. banyak jaaaa cara.. cuma kita yang PEMALAS! nak check sikit sebelum share pun MALAS!!... dah baca something... TELAN BULAT-BULAT sebab MALAS nak check sahih ke tak. lepastu.... MELANTUN jerrr kerja.

satu siri ceramah dibatal sebab tajuk kontroversi... pergi sebar kata kerajaan haramkan/halang penceramah masuk. selena gomes boleh masuk.. kenapa penceramah takleh masuk.

waaaaaaaaaiiitttttt.......

penceraamah tu ada jaa kat dalam malaysia... session2 dia yang lain jalan jerr...... tapi... APA SANGKUT PAUT SELENA GOMES DENGAN ISLAM, HIDUISM, CERAMAH DAN KERAJAAN MELAYSIA?

pencetus ummah kaaa.. ustaz facebook ka... main pusing... main share... bakar line. yang berilmu pun... turun join the 'cool kids'... share.

Malu weii... aku malu dengan kejahilan orang-orang bijak pandai kita main share argument-argument dan protes yang tidak berasaskan fakta, tangkap muat, exegerated and manipulated to blow things out of proportions.

Tahniah... rakyat Malaysia. Most of you guys have shown your true shallow selves. =D

adieu~!

Wednesday, 6 January 2016

Ye... Aku Kembali...

1000 Tahun - Butterfingers

Memanglah Penat

Tapi macam mana nak buat
Sudah terlambat
Baru nak cepat

Terperanjat

Harap maafkan di atas segala kesulitan
Perselisihan yang dihadapi selama ini
Amat di kesali Tak kan berulang lagi

Kembali
Kembali kepada selamanya
Kembali
Kini ku bangun sedar dari mimpi
Kembali
Kembali kepada petak pertama
Kembali
Ku mahu hidup 1000 tahun lagi

Saya tak akan
Mengambil kesempatan
Walaupun diriku ini kesempitan
Di awan kesembilan

Kotaraya cosmopolitan ini
Penuh dengan iblis dan syaitan
Penuh dugaan
Kalau jatuh lagi
Berdiri Kembali sekali lagi


Aku Orang Melayu...

Biar lah busuk mana pun Tun M kata melayu mudah lupa itu ini.. Aku tak mungkin rasa malu aku melayu. Biar lah se 'HIP' mana sekalipun design jubah lelaki muda mudi masa kini. Baju melayu itu jugalah yang paling padan.. yang paling lekat di jiwa.

Orang dulu kata, belajar sampai ke negeri cina. Tapi orang yang cakap tu lupa kat Malaysia pun dah ada universiti (dulu tak dak cek oi... sebab tu laa suruh pi sana). Nak belajar dengan orang cina pun ramai dah ada kat sini.

Ustaz-ustaz wannabe, PU, imam kanyiaq cakap bahasa melayu macam Pak Arab (padahal bumi asia barat pun tak pernah jejak) pulak mungkin lupa loghat kampung mereka. kadang2 rasa tebal nak lempang sekoq2 tu sama macam brader balik UK cakap melayu.. "say ye ow rang pew tih."

Kenapa? Busuk sangat kah bahasa ibunda bangsa? Buruk sangat ke teluk belanga? Daif sangat kah bangsa kita? Maaf, aku orang melayu. Kemelayuan di zaman moden ini haruslah seumpama air milo, masuk cawan bulat, bulat jadinya.. masuk cawan petak, petak jadinya... tapi rasanya tetap MILO.

"Ta' Melayu Hilang Di-Dunia"


Tuesday, 26 February 2013

Problem??

Hello you,
yes... you.. Arya Alayna..
i dont know where i'd be and what i'd be doing when you read this,
i just want to make sure that no matter what, i LOVE YOU with all of my heart.

so here is a picture of us chilling together..
for old time's sake.
be awesome, always!


Wednesday, 15 August 2012

I am your father...

"Two roads diverged in a wood, and I,
I took the one less traveled by,
And that has made all the difference."
                                                  -Frost

watched 'Big Fish' last night out of boredom. listened to 'Butterfly Kisses'... and then 'Cats in the cradle'... 'A boy named Sue' and a whole lot more. ok.... nervous...


Thursday, 26 April 2012

I have a blue rib..

Memang darah aku Hijau Kuning. tapi seperti yang mourinho akui, aku pun ada 'Blue Rib' macam dia. looking forward to the finals nanti. bagi mereka yang mengkritik gameplan chelsea ituhari, mereka patut duduk dan reflect on this quote

“If your enemy is secure at all points, be prepared for him. If he is in superior strength, evade him. If your opponent is temperamental, seek to irritate him. Pretend to be weak, that he may grow arrogant. If he is taking his ease, give him no rest. If his forces are united, separate them. If sovereign and subject are in accord, put division between them. Attack him where he is unprepared, appear where you are not expected.” Sun Tzu

quote ni dipetik dari Art of War, buku strategy perang yang diagung-agung kan. apa yang aku dapat perhatikan.. chelsea berjaya menghidupkan hampir setiap baris quote ini... bak kata Jupp Heynecks, lawan yang bakal kami temui di final nanti, it was a tactical masterpiece.

sementara menunggu perlawanan akhir.. aku nak share ngan korang my new favorite chelsea 'player'.

Tuesday, 24 April 2012

Contradicting oneself..

Well hello there, good morning, good evening, good afternoon. Wherever you are, whatever you're doing. Could we stop a moment and look back to everything that we said or did. I am quite sure that we have, at one point, contradicted ourselves. it's normal.. it's to human to contradict ourselves. and the fact is, we're always changing, by learning or adapting. we do. we are not the same person we were 10 minutes ago. but if that statement were to be held as true, then every criminal in the prison would have a case for their release. and the fact is, we are what we do(did?).

wait a minute...

i just contradicted myself. =D

that, too, revealed another side of humanity. you don't know what 'that' is? 'that' is the fact that humans are oxymoronically blessed with our brain. like how the electricity is blessed with both positive and negative charges (with positives and negatives effects). why am i saying that we are all oxymorons? because we're all a vessel of contradicting ideas, ideologies even to our own ideas and ideologies. why do we need it? because deep down in our gene, we know that with conflict, we will become more critical. and with that comes improvements. so the next moment you contradicted yourself, sit down and think.. was it for the better? if so, being 'oxymorons' is not as bad as it sounded.

but...
if you contradicted yourself with trivial things..

you're not a positive 'oxymoronic' vessel... you're just a moron
=D
adieu!

Saturday, 3 September 2011

I miss you....

"you have only been gone ten days.. but already i am wasting away... i know i'll see you again... whether far or soon.. but i need you to know.. that i care... and i miss youuuuu....."


Wednesday, 31 August 2011

Hilang...

yeap... aku menghilang dari pentas blogger ni untuk masa yang agak lama. sebab? musibab? semestinya aku sekarang sedang sibuk dengan persiapan kahwin. yeap... dalam ke'hilang'an aku itu ari, aku sempat bertunang. gambar? takyah lahhhh.. aku bukannya selebriti pun. mungkin selepas aku pakai facial wash gatsby... mungkin aku akan upload gambar aku.



so far.. semuanya okay... im on the right track. cuma mungkin aku selalu biarkan blog aku ni terabai. mungkin jugak seperti yang kawan aku suka cakap.. time2 bahagia, tak syok berblogging. sebab bila bahagia... kita takde bahan yang nak critical sangat. semua benda nampak cotton candy... semuanya baik2 belaka. alaaa... bahagia. berblogging ni best time2 tengah marah... frust... sedih.. emo... tak puas hati. sebab masa2 macam tu laaaa otak kita akan lebih peka dan sensitif. lebig analytical dan critical. tapi bagi aku... apa guna tulisan2 yang analytical dan critical itu kalau jiwa dan hati tak tenang? jujur aku cakap... aku lebih rela trade in 100 blogpost aku yang dilandaskan oleh pergolakan perasaan dengan seminit ketenangan dan kebahgiaan.

aku tidak perlu drama!

Tuesday, 25 January 2011

Ehh.. lupa plak.. ada laaa aktiviti!



Yours truly
Mr Jihad

Wednesday, 8 December 2010

Musim mengawan strikes back!

yeaa yeaaaa.. aku banyak bunyi bila ramai kawan2 aku dah melangkah alam seterusnya. i know.. nanti2 aku akan ada gf jugak. aku akan jadi macam diorang gak (kata mereka lah.. aku tak setuju with this one). tapi itu NANTI. lets focus on now ye? last weekend merangkap hari best friends aku kawen.. alah.. the one yg laki and pompuan tu dua2 kawan baik aku, then they're together sebab aku yang kenen kenen kan. wedding was superb. tapi my favorite would be gambar wedding diorang laa.. hasil sentuhan chot touch. taknak bagi link kat korang sebab nanti aku kawen aku nak pakai dia jugak. so taknak ramai sangat yang tau.. bweekkkkk =P

ok, ignore that.. gambar2 dia memang cantik arrr sebab si chot ni bukan wedding photographer. dia street. so sentuhan dia lain dari typical wedding photographer lah.. meh kita ushar sket.

 
 
 
 
 
Cheers for the loveliest couple ever (next to me and my future partner of course! =p)
Signing off!!

Photo by: Chot Touch
Asst: Larn Rai, Zuel Ridzuan, Din Saha & Fadhil
info: chot@chottouch.com

Bas.... sikal! Ho yeahhh~!


Apa khabar dunia! dah lama aku tak update pasal adventure basikal.. aritu aku kayuh kat Kiara and yes.. aku tergolek bayek punya. nak lagi best, aku tak pakai knee guard aku tu sebab dah bajet terer sangat. so, out of action gak laa for a while. and nak dijadikan cerita, balik tu... tayar depan basikal aku tu plak kena cilok. siot betul. kalo aku jumpa si lahabau yang mencilok tu, memang aku bubuh puaih puaih. dia ingat wheelset aku tu dua tiga ploh hinggit saja ka?

so.. setelah puas aku melayan musim mengawan kawan2.. i need to make a statement. need to show them that i can do something impulsive that they cant do (without a great deal of 'whoppin' from their gf, tunang or wife laaa hahahahah). alang alang tayar depan dah hilang.. aku pun buang tebiat dengan... BELI WHEELSET BARU DEPAN BLAKANG SKALI NGAN ROTOR NGAN TAYAR DAN JUGA SKALI DENGAN TUBE. wahahahahhahaha. puas ati!

dengan itu, marilah kita sama sama menonton 'barang' yang telah di'angkat'.


Figura 1.1 Louis garneau kesayangan
Figura 1.2 Hub depan gold
Figura 1.3 Rotor alligator gold dengan hub gold jugak!

Figura 1.4 Tayar panaracer fireXCpro dipasang pada rim TOKEN ROCKET
okeh kawan-kawan... di manakah hala tuju kayuhan kita seterusnya??

Tuesday, 30 November 2010

Musim mengawan datang lagi...

busy... yeap aku memang busy. skarang adalah masa2 marking students work. malas betul.. dengan jawapan yang bukan2 dari students dan pelbagai variasi ejaan nama aku.. yes.. ianya kelakar... tapi at the same time sedikit menyampah. bukannya apa.. terasa effort mengajar diorang tu dah ke laut ke entah ke mana. dahla nama kita pun diorang tak ingat. okay enough of that. last two weeks aku naik ke KB to attend my friend's engagement. diorang berdua tu dah macam family dah for me.. meh kita tengok sket..


 sweet kan?? it was one great roadtrip from KL to KB and back.. time raya haji. dua kereta. and ni adalah krew2 yang terlibat...


jalan-jalan di KB was good tapi too bad sebab banyak restaurants tutup sempena raya haji.. so it was more to just lepak2 and then jalan gi pasar and all jer lah.bought sampin(samping) over there sebab weekend nanti aku akan jadi pengapit untuk my best friends' wedding.


aritu diorang engaged.. ni the wedding itself. best friends? sebab the bride and the groom are both my best friends.. and diorang kenal each other via yours truly. =D cant wait for that.

coming back to the trip.. balik tu kitaorang turun melalui cameron highlands and yes, it was a great experience. terrific scenery.. pit stops yang interesting and of course, great company. last weekend plak.. merupakan majlis pernikahan salah seorang ahli brotherhood.


yeap.. another one bites the dust. weddings... engagements here and there i tell you... memang hujung2 tahun ni musim mengawan! hahahahaha

aku? hahahahh lepak arrr babe...

Wednesday, 10 November 2010

This is just mortifying..

Aku tatau laa whether korang dah tau kee belum.. baca ni (click). aku bukannya kisah sangat pasal mangkuk tu. tapi aku kisah pasal reputasi negara kita dengan kredibiliti kita dalam education. as i am from the education field (business?), rasa sedikit sedih laa sebab benda yang bodoh sebegini dibenarkan berlaku. kalau ada graduan dengan sijil dari luar negara jerr.. kita semua pandang tinggi. bukannya aku nak semua orang dipersoal kan kelayakan pendidikan mereka. tetapi sekurang kurang nya.. a quick background check boleh jerr kan? a quick phone call? reference? bila benda ni melibatkan pihak lain.. pihak international.. memang for sure lah akan menjejaskan reputasi negara kita sebagai education hub. mari kita lihat nanti... apa cover up. apa alasan yang nak dicanang? 




----------EDIT----------

bagus.. tindakan yang bijak. kalau dah cenggini jadinya.. memang patut resign dulu and then clear things out. legal advisor dia bagus and dia pun tak hesitate. updates read here. (click)




steps yang aku cadangkan untuk En. Fazley.. quit.. pegang saham company. gi register masters courses betul2 and prove that you can actually get it (the qualification) either way. =D

Friday, 15 October 2010

Halal food issue..

Well this one for people with dipsophobia. 

Fear of alcohol is termed "dipsophobia," a word derived from the Greek "dipsa" (thirst) and "phobos" (fear). "Dipsa" is also used to form the words "dipsomania" (an abnormal craving for alcohol) and "dipsosis" (a medical condition characterized by abnormal thirst)

(click image for larger more readable version)
(an entry from buletin halal disember 2009)

dont just judge without really knowing anything. yeah be careful than be sorry is okay. but dont just simply lable things and judge people who doesn't really follow your 'safe than sorry' policy as evil or doomed to hell. who are u? god?

FYI: there are a lot of stuff you consume on a daily basis contains alcohol.. fermented stuff.. soy sauce.. tapai.. etc  

ok now.. THINK!

Wednesday, 15 September 2010

Rumah aku terbuka laa plak...

Hari: Ahad ni...
Masa: 12pm-11pm
Lokasi: Rumah baru aku kat putrajaya

sila berkunjung ye kawan2? =)

laksa special menanti anda! juga terdapat makanan makanan lain..

tak cukup kita telefon pizza!


Soundtrack raya satu kali.....!!! =D

Monday, 6 September 2010

Aku benci putrajaya...

yeap... seperti yang tertera di atas.. aku memang sangat bencikan putrajaya. pada pendapat aku, town yang kononnya well planned tu.. memang SUKA menyesatkan orang dan membazirkan petrol serta membuatkan orang tercari-cari di mana kah stesyen minyak. papan tanda? yeah.. papan tanda di putrajaya fungsinya ialah menghalakan kita kepada jalan yg PALING JAUH untuk ke destinasi yg dipaparkan. benda yg kita bleh lihat depan mata.. nak ke situ, kalau diikut lah papan-papan tanda bodoh tersebut, kita akan membuat satu pusingan besar, pendek kata dah bleh cover half of the town jer. pastu, kalau terlajak.. nak U-turn, memang mimpi lah! orang lain mungkin cakap bandar tu cantik, berpusat.. tak jam.. tapi pandangan aku masih tidak berubah.. ianya memang sial! tapi tuhan memang suka menguji hamba-hambaNya... dan ujian terbaru ialah.. takdir menentukan aku terpaksa berpindah ke sana dan menjadi warga putrajaya. owhh shit! yeahh... im dreading every moment here so far. nak top things up lagi... area yang aku pindah ni TAKDE STREAMYX LINE LAGI!!! im like... WTF!!!!

ohhh tuhan... ini ujian yang hebat buat hambaMu ini... T_T

Thursday, 22 April 2010

Masterpiece..

This is definitely one of the best student work ever. a masterpiece i tell you! =D let me 'transcribe' it for you.

Q: Are men and women created equally? Discuss your opinion in not less than 200 words.

No, Beacause men handle responsibilities, therefore all leader on the world are men for example Lim%&*($#* is man. men do not have monthly period. men dont have verginity to lose, men have strong heart, men follow their mind not his emotion. men reached moon. men can do any things. all scientists on the earth are men, men can have money. men are smarter than another one. men naturally beautiful. they do not need make up to wear.

the last sentance would definitely make you go WTF~?? hahahahah so.. all you make up wearing men.. take it of!! you're beautiful already! gahahahahaha

Thursday, 15 April 2010

Calon-calon nya adalah...

Bakal cinta hatiku... sumber kejiwangan aku.. adalah... tiga beskal ni... aku tengah konpius... mana satu yang bakal aku sunting... semua cantik, semua menawan.. semua mengancam... semua ada kelebihan masing2...

Giant Yukon Disc
PROs: Company besar and synonymous, frame yang mantap, tayar michelin, all in all barang2 dia brand bagus arrr ni..

CONs: Gear dia low class sket, brek dia tak hidraulik

Wheeler 39 PRO
PROs: Lightweight, 2nd tier gear (Alivio), frame aeronautik aluminium, hidraulik brakes

CONs: Wheeler ni tak sehebat GIANT laaa brand dia, tayar dia kurang menarik

Exitway XC Race
PROs: kaler dia 'jahat' (bak kata idzamil), 3rd tier gear (deore), hidraulik brakes, barang2 tak cikai laaa..

CONs: Frame dia MADE IN IPOH, company malaysia ni.. (you just love your protons right?)

aduyaaiii... pening kepala memikir ni nak angkat yang mana satu. bagi pro2 yg baca ni.. aku baru start main jer... beskal2 ni pun budget tak lebih 1.8k jerr.. kalo ada cadangan lain.. sila2 lah! pada yang tak tahu menahu pasal beskal.. yang mana cantek eh? hahahah =p

Sunday, 4 April 2010

Masuk hutan, cari pasal...

Skarang tgh haruk main beskal laaa plak... masuk hutan... naik bukit, turun bukit.. fuhh.. layan!

*sorry laa.. extreme biking susah nak bawak slr.. kang bersepai plak nanti.. akan cuba update in action plak nanti =D