hidup ini sebenarnya penuh dengan ilusi.. ilusi yang dibina oleh setiap individu yang digelar mereka realiti. ilusi berdasarkan apa yang mereka percaya dan pilih untuk percaya. mungkin dalam perkataan yang lebih biasa digunakan adalah perspective, atau pandangan.. tetapi dari mata yang memandang itu, terbentuklah satu ilusi. semua ini terbina oleh fasad2 manusia, dengan niat dan motif masing2. dan manusia jua tercipta berbagai ragam. maka pelbagai ilusi dan lakonan akan membentuk realiti realiti yang berbeza bagi setiap orang. ilusi juga merupakan senjata.. senjata yang boleh digunakan untuk memanipulasi orang lain.. dengan belitan lidah2 hasad, kita mampu merealitikan sesuatu kepada orang lain untuk mempergunakan mereka atau membentuk dinding2 yang melindung orang yang tercinta. aku sedar kewujudan kuasa itu.. kamu juga sedar akannya. cuba kita buka mata kita seluas-luasnya.. pandang ilusi2 ini setajam-tajamnya dan mungkin kita akan lihat realiti di sebalik ilusi.. di sebalik dinding-dinding yang dibina di sekeliling orang2 yang disamping mu atau disebalik konspirasi2 mata-mata jahat yang memandang.
5 comments:
illusi saya ialah saya seorang puteri. ahha
Illusi saya setakat ini ialah janji2 Azzam...waaa
Drp;
WanLau
gahahahah... =D
anak kau dah bleh berjalan belum??
Baru 2bulan masuk 3, mana bleh jln lg, tgh belajar merangkak je. Tp dia da bleh cakap dah...dia selalu sebut2 "Mana Uncle Azzam?; Dia X jemput gi Open House ke?"
Drp;
WanLau
haha, waht if the illusion is so real, you cant tell if it's an illusion? lagi seram kalo ilusi disebalik ilusi, mana satu yang benar? ade ke yang betul?
du duuuu duuuuu~~~ (lagu seram)
Post a Comment