Wednesday 29 December 2010

Hikmat ramalan kesedapan makanan di restoran...

sepanjang career aku sebagai seorang pemakan yang berjaya dan pernah bekerja di kedai makan.. aku telah berjaya mengformulate satu petua yang berguna untuk meramal kesedapan makanan di sesebuah restoran. aku ingin stress kan sket.. yg ilmu ini bleh diapply pada restoran, bukan gerai.. dan bukan mamak.setelah sekian lama menjadi host rancangan jalan-jalan cari makan sendiri punya edition, aku dapat tengok ada korelasi (correlation) di antara kesedapan makanan dan kepekatan cecair mencuci tangan. alaa... sabun liquid yg diorang letak tepi singki tu haaa.. analisa aku telah mencapai konklusi bahawa semakin pekat cecair sabun basuh tangan tu semakin sedap makanan yg dihidangkan. korang tak yakin? meh aku explain the 'science' behind it. kalo sabun liquid tu cair... yang dah dicampur 1:5 dengan air.. dah sah laaa kedai tersebut lokek dalam penyediaan makanan. sabun jenama tesco/giant pun nak campur air.. rempah ratus.. daging2.. sayur2 semua.. confirm laa diorang lokek jugak. ini mempunyai kesan drastik terhadap mutu makanan. dan sekali lagi, ini tidak boleh diapply kepada gerai.. sebab gerai memang low cost business... mungkin kesejahteraan tikus2 disitu ada korelasi (perlu lebih research dan sampling) mamak plak.. diorang tergolong dalam genre lain.. mungkin kesedapan bergantung kepada ketebalan misai atau ketebalan bulu lengan ane tebar roti tu (perlu lebih kaji selidik juga). okeh.. berbalik kepada benda yg aku dah confirm... so, next time.. kalo korang nak pastikan korang kat restaurant yg sedap... sampai2 jerr.. gi laaa basuh tangan dulu... tengok kepekatan sabun tu... then baru korang commit. kalo sabun pun takde... blah jer.. hikmat ni bukan 100% tepat.. tapi bleh dijadikan indicator lah untuk korang... sebab bagi aku.. food is sacred!

Figura 1.1 Selamat mencuba hikmat ini ya kawan2! =D

2 comments:

Anonymous said...

Masuk akal, trimas dgn info nih. Apakata ko trus aja rekomen restoran2 yg menepati ciri2 yg ko katakan dlm post nih.
Drp,
WanLau

cplud miera said...

nice info bro ;)