Monday 27 April 2009

hala dan tujuan..

hidup kini kembali tenang setelah aku 'kuburkan' beban assignment aku yang terakhir. kembara pasca siswazah(post grad laa cik adik..) cuma tinggal lagi satu semester, tidak sabar rasanya.. terdetik juga di dalam hati mahu menyambung phd di luar negara selepas ini... masih lagi mempertimbangkannya... kecamuk kepala otak belajar bukan kepalang.. mampukah aku memanjat tinggi dinding tu? aku pernah suarakan kehendak ke luar negara, bekerja dan menyambung pelajaran di sana kepada ibunda. jawapan ibu amat mendalam.. "kamu tu.. kat sini, depan hidung pun sembahyang tunggang langgang.. nampak itu ini pun dah goyang.. nak pergi jauh2 bagi tangan emak tak sampai nak tarik telinga kamu ke?" sambil berseloroh.. "tunjuk kat emak kamu ada 'tiang' dan kamu ada pegangan.. nak ke hujung dunia pun emak tak kisah". apa yang ibunda katakan tu jelas lagi nyata. masih banyak benda yang aku perlu fikirkan. walaupun boss aku sudah berkali-kali offer.. "azzam, we could use people over in jakarta.. i'm just wondering if u are interested. london and lesotho could use some people as well..". iye.. boss aku mat salleh... mat salleh lelaki yang bersubang ke ofis. dan dia sangat cool.. tapi semua tawaran2 tu terpaksa aku tolak.. buat masa sekarang.. aku juga pernah pasang angan.. ingin berhijrah ke jepun.. tinggal di okinawa dan mengamal gaya hidup bushido. angan itu tidak mustahil juga pada pandangan aku sekarang ni.. aku sedang berfikir, masih terfikir dan terus memikirkannya.. (sebab tu lah wujudnya entry narcissistic ni) satu lagi semester untuk fikir semasak masaknya... kamu rasa aku patut buat apa??

8 comments:

Liyana Hanim said...

hahaha..kene sentap with ur mum...haha

go to japan man!!!!!huhuhu
giler cool...or london even...^_^

sejhok said...

out of this filthy country...where??follow ur heart....

Azie Nazri said...

What your Mom said is the best advice ever. Be strong, and you'll succeed wherever you are. Because He's the one who gave you everything in the first place kan? So if you have Him inside, let anything come your way, you'll overcome it. Malaysia, or Japan.

Good Luck! :)

p/s: tinggai 1 sem ja lagi?? satnya.

Rashida Rafar said...

go to japan! do what u like and want azam. hidup ni skali je ;-)

Anonymous said...

do what you think u must. dont listen to people.

search your heart. what do u want to do?

Azzam?? said...

liyana: a'ah.. kena sentap dalam gurauan.. best gak arr kena sekali sekala dengan my mom.. =D

azman: hehehhe.. hujan batu di negeri sendiri

azie: yeap.. sekejap je kan?? nanti jumpa skali lagi dah kena panggil dr azzam... hahahahha xD

shida: yeaaaahhh... japan dowwhh..

hana: yeap.. searching arr ni.. still pending.. =p

Naz said...

Eh eh.. bestlah ayat your mom..
Serius...

I vote for Japan Japan!!!! :D

Anonymous said...

Mana2 ajelah... mana mana pun sama. Tempat bukan isu nye. Apa yg penting... plan, decide & buat trus... lps tu baru justify/convince parent. Allah maha menerima taubat.
Drp;)
Apek Keji