Sunday 15 August 2010

5 bukit, 55km.. 5 jam!

pagi itu mungkin pagi yang normal bagi manusia2 lain... tapi tidak bagi aku dengan beberapa kerat kawan aku yg sewel. pukul 4 pagi, kitaorang dah sibuk2 gosok basikal... cabut2 dan sangkut basikal kat rack kereta. destinasi... Pagoh, Muar! kitaorang berlima memang dah tak asing ngan aktiviti kayuh mengayuh ni, and to challenge ourself, kitaorang masuk lerr jamboree Pagoh 55 km ni.sampai2 jerr kat pagoh, kitaorang gi register and then lepak kat kopitiam cina ni... memang kopitiam original arr.. siap ada anjing melepet kat sebelah meminta untuk dibelai manja =D event bermula pukul 8.30am dengan 700+ peserta.as it turned out, 55km was quite a challenge gak arr... 55km jalan off road, lalu kebun ladang semua.. hutan.. dengan 5 bukit yang pr0minent perlu dipanjat. 30km pertama was quite okay for me, tapi bila dah start masuk 30+, memang terasa laa babe... panjat bukit memang menolak laa.. and the only time aku bleh enjoy adalah time downhill yang panjang2 tu. ramai yang give up gak.. dan ada gak yg injured.. mereka semua tu dibawa balik ngan lori
sampai saja digarisan penamat.. puas ati babe.. puas ati sebab aku dah berjaya finish such a difficult race. endurance kaw2.. 5 bukit, 55km... 5 jam! puas ati!
(the only gambar yang aku jumpa ada aku.. yeap sibuk berkayuh sampai tak sempat nak pose-pose)

2 comments:

Anonymous said...

Syabas! Syabas! Aku kagum! Aku jeles! Aku tgh pasang impian nak bli moto scram ala2 belalang tempur sbijik...55km is nothing,hehehe.
Drp,
WanLau

Azzam?? said...

itu tak pakai kederat wan oii... jangan bimbang.. aku pun ada plan nak beli scrambler gak.. kamen rider laa konon.. =D