Friday, 15 August 2008

Gergaji, pisau butter dan Swords of Omen..

Dulu, waktu aku kecik2 dulu. Aku sangat lah nakal.. Aku sangat suka akan cerita2 yang penuh aksi dan aku akan selalu mempraktikkan apa yg ditoton, didengar & diajar untuk memastikan kesahihan sesuatu. Making sure it's doable or not. Antara list hall of fame aku sebagai kanak2 yang ganas adalah menerajang akak aku ketika bermain otromen vs raksasa (aku otromen, akak aku raksasa) di atas katil spring baru di rumah. Waktu tu, aku around 4yrs old kot.. Tendangan mid air 'no shadow kick' aku membuatkan akak aku yg malang tu melambung sampai jatuh ke bawah katil dan hospitalized for one night sebab nasal bleeding yang tak berhenti2. Seminggu mak aku bagi jelingan maut aja kat aku..

Around time tu jugak lah.. Aku memiliki senjata keramat aku sendiri. Kalau King Arthur tersohor dengan pedang Excalibur, Hang tuah masyhur dengan keris Tamin(g?) Sarinya.. aku plak membuat onar dengan Swords of Omen aku sendiri (pedang Thundercat laa.. aperaa.. tak tau!). Pedang plastic yang agak panjang bagi seorang budak 5 tahun itu adalah senjataku untuk membelasah semua benda.. Kucing, kawan2, jiran sebelah, makcik jiran sebelah, atuk kepada jiran aku, kakak, abang.. Habis semua benda pernah merasa pedang tu. Selepas puas belasah, aku akan tekan punat kecil kat handle pedang tu and lambang Thundercat akan menyala tanda kemenangan dan disusuli battlecry aku "Thundercat.. hoooooooooooo....". Kalau Tamin(g?) Sari hilang dek zaman, Excalibur dipulangkan kepada dewi tasik, pedang aku pula menerima nasib berbeza. Ia telah dipatahkan oleh makhluk gergasi Gorgon (abang aku!). Ianya masih tetap aku simpan walaupun dah patah dua persis pedang Narsil milik King Elendil yang kemudian dicantum semula menjadi Anduril yang diguna oleh Aragorn dalam Lord of the Ring (itu pun sebelum mak aku buang satu basket besar mainan2 aku bila aku masuk darjah satu).

Aku juga pernah menghentak seorang budak perempuan yang bermulut celupar. Lantang dia jerit2 maki hamun aku... tak kisah laa.. tapi bila dia dah start kuar "Mak kau.." telinga aku panaaass. Terasa macam aku di teleported ke 'Ruang Angkasa Setan (tm)'. Terus aku "Henshin!!" dan hentak dia dengan kerusi kayu yg bleh dijumpai di mana2 sekolah rendah in abundance. Nasib baik lah aku masih lagi punya belas kasihan, aku cuma hentak her legs je.. Akibat musibat, mak bapak dia datang sekolah and bebel2 kat aku. Nasib baik parents aku tak di inform pasal tragedi tu, tapi cikgu2 sekolah dah tampal label besar2 kat aku. Lantak laa.. aku habis jugak kan belajar kat sekolah tu?

Aaaaaa... yang ni lebih tragis dari yang lain2.. dalam darjah 3 camtu laaaa... Aku telah membelasah seorang kawan aku dengan pembaris kayu satu meter. Alaaaa.. yg cikgu2 guna zaman dulu2 tu laaa.. (zaman skarang bebudak semua wimp!!! kena cubit sket dah ngadu and report polis). Event tu ala2 gurau kasar laaa.. tapi yang sadisnya.. Keesokan harinya kawan aku tu meninggal dunia. Seriously pergi ke rahmatullah dan tak kembali. Dia meninggal dalam tidur sbb disengat either kala jengking or lipan bara... aku pun tak ingat. But apa2 pun esok paginya dia ditemui sudah putus nafas di atas katil dan mulutnya dah berbuih. Tragis.. sebab benda terakhir yang kami kongsi ialah aku membelasah dia dengan pembaris dan bukannya benda yang baik2. Owhh.. btw.. she is a SHE okay??

So sejak dari hari tu.. at that young age, aku belajar grasp the idea yang perempuan ni fragile. Tak macam lelaki. Tak kira lah kuat mana pun feminist2 dalam dunia ni tempik and mintak equality. We are of a slightly different construct. Hakikatnya kita guna gergaji untuk memotong kayu dan butter knife untuk sapu mentega, jam or at least potong roti. Kita bleh paksa gergaji untuk sapu butter and potong roti, and yes, with determination we can cut plywood with a butter knife. Tapi relevant ke? Dan start dari event2 ini laa aku tak pernah dah membelasah wanita/perempuan/gadis anymore. Kalau lelaki lain cerita xD muahahahah... *kidding! Skarang aku gunakan words.. cause they're sharper and people can fight on equal ground regardless of their sexes!

(aku ni insaf lagi kee tak nie??? 0.0)


Figure 1.1 Saw & Butter Knife

I would love to write about traditional role between sexes, norm and expectations and all.. tapi sekarang tak rasa intellectual sangat laaa.. Brain capacity kena sedut ngan World of Warcraft!
"Me Grimmlock, me smash! You Die.. me Grimmlock me your boss! Me pawn you, who's your daddy??" (-.-)

11 comments:

Hadi said...

haha.. jahat gile.. mcm setan.. haha..

Husna said...

you.

gile nakal!

Azzam?? said...

hadi & husna: he he he.. anda pasti ke azzam dah berubah?? xD

Bert Steve said...

certainly NO :\

Heiso said...

Ko memang sgt suka cerita ko belasah perempuan pakai kerusi kayu tu kn?? =p
wonder what happen to that girl now? ko tau?
anyways, tak payah letak figure 1.1tu pun tak pe.. duh..
p/s: kenapa aku selalu rasa nak tekan ikon org atas kerusi roda tu ek? Dang!

Azzam?? said...

birdman: hahahaha.. jawapan anda tepat!! xD

heiso: budak tu?? entah... last aku dengar ada kat uitm dungun kee apa ntah.. but that was waaayyyy back in degree years. well.. as if i care anyway.. =p

Anonymous said...

tau fragile.
tapi still tak handle with care.

Liyana Hanim said...

omg!giler ganazzzz

Azzam?? said...

azie: kalo orang tu tak handle kita with care.. buatpa nak jaga dia elok2 balik?? wahahaha

liyana: errr.. nak rasa ke liyana? xD muahahah

Liyana Hanim said...

owh xmengape..terima kaseh jer la!hahah..xmau aq...(lari ketakutan)

Mc Izzy said...

oitz. ganas2.teringat aq watak raksasa hijau (xingat nama) dalam cerita cycbercop.

hang memang kuat.makan pon kuat.hehe