(*CAUTION - this post is heavily laden with the Kedah Dialect. Read at your own discretion of interpretation.)
Al kisah maka tersebutlah kisah pasai 5 ekoq kawan2 baik yang nak pi mana2 pun semua nya sama2. Depa ni kawan baik.. dah lama dah dok lepak skali.. budak2 ni.. nama depa adalah Uzair (kacak bergaya dengan gheta honda prelude 90an), Panjang (sbb dia mmg panjang dan hensem, pujaan wanita sesemesta), Khairi (pemain bass band hardcore yg ganaih sampai rengkung terkeluaq), Mat Jep (short dark and hensem.. gebang dia memang bleh tahan) dan Ali (ahli kumpulan gitar rancak tempatan). Satu malam yang sempurna ni.. budak2 ni nak kluaq pi parti laa sebab depa dah lama tak jumpak. Masing2 laa ni dok study kat tempat lain2.
Seperti besa, memang gheja si Uzair ni laa nak kutip budak2 lain.. sbb gheta dia hensem. Kawan2 lain pun bleh tumpang hensem jugak. Pit stop paling lama, mesti laa dok bertenggek depan ghumah Khairi.. dia hardcore.. tapi mandi lambat macam pompuan. Tengok jam kat tangan, 11.30pm 31 March. "wei teloq! hang cepat skit bleh dak??" Uzair dah naik angin. Si Khairi dok sengih2 kerang busuk, kluaq umah.. masuk gheta dan jalan!! Dalam gheta.. semua orang dok sembang pasai gheta si Uzair ni.. sangat kacak dan mantap. Selalu dok naik gheta bapak saja.. 4 pintu.. hari ni bleh merasa naik gheta hensem, dua pintu.. paihtu pipih pulak tu.. tak tebai macam proton iswara.
Mat Jep pun sound laa "Weih Uzet, hang rasa gheta hang ni kuat dak? bleh pi brapa?"
Uzet pun ngan kembang hidung "Kuat laa.. hang tengok laa VTEC ni.. VTEC!! Tekan minyak sikit saja dah melompat-lompat dah"
"Hang try test seround.. sembang saja watpa?" Mat Jep pi cabaq Uzet.
Uzet pun dengan machonya pi tekan minyak perabih.. Tudiaaa... meter dia jalan macam tarak apa2.. sat saja dah sampai 200km/h. "fuuhhh... kuat sunggoh.." Panjang dengan Khairi dok melayan. Berdesing gak laaa jalan tu dok dengaq bunyi gheta depa ni.
Tapi tak pasai-pasai.. semua orang ternampak satu geng ghebau dok lintaih jalan.. Ya, satu geng! Uzair pun cepat2 lepaih minyak dan dia pam brek slow.. dok harap2 satu geng ghebau tu bleh lepaih.. Khairi dah start jerit dah.. "Maaaaaaakk....!!!!!" (memang tak kena betoi dengan semangat hardcore dia tu..). Menatang tu bila dah nampak gheta hensem nak langgaq depa.. sekoq2 lari merata2.. Dah dekat2 tu.. si Uzair tu pi tekan brek sampai habis.. tayar dia meraung kuat.. Mata budak2 ni dok nampak.. sekoq.. sekoq.. lepaih tu sekoq.. ghebau lepaih.. tapi suey gak depa bila ada sekoq ghebau muda remaja pi lintaih last2 minute. "Gedegang!!" depa langgaq ghebau yg besaq dua pemeluk tu.. Ghebau tu bergolek golek kat ataih bonet gheta yg lowet tu.. paihtu dia melambung naik ataih dalam 80 degree angle kot sbb gheta tu lowet ngan pipih.. Tak cukup ngan tu.. gheta lose control dan Uzair pi cium gheta wira dari opposite side yg tgh berenti tunggu ghebau2 tu lepaih.. Dalam gheta tu ada mak nya mengandung laki bini.. sib baik dia tak terberanak time tu jugak. Gheta pun terberenti dan kat cermin depan ada dua lubang tanduk ghebau remaja tu..
"Wei keluaq wei.. satgi gheta ni meletup satgi weii..." Panjang dengan gelabahnya menggelupoq nak kluaq sbb pintu gheta ada dua saja.. Sib baik ramalan Panjang tu tak menjadi kenyataan. Depa pun bactrack laa balik nak cari mangsa.. si ghebau remaja.. dan mereka dapati ghebau tu dah melambung dalam 100 meter jugak laa dari tempat depa langgaq menatang tu.. Menantang tu menggelupoq dalam seminit.. dan laa depa tengok.. mulut dok berbuih.. paihtu.. senyap.. tak dan nak semelih. Uzair mata berayaq dah.. mengenangkan gheta hensem dia yang dah macam sekerap dah.. Khairi pi tepon mak dia.. habaq dia eksiden.. Si Jep dengan yang lain2 pun tepon laa Ed sebab ghumah dia dekat.. nak suruh amik paa semua..
"Wei Ed.. kami eksiden ni.. dekat2 area ghumah hang laaa.. bleh mai amik dak?"
"Hampa eksiden kaa?? Hang dok buat lawak apa wei.. hang ingat aku budak tadika ka?"
"Dak.. betoi laa kami eksiden ni.. Uzet pi blah ghebau ni.."
"hahahah hampa ni.. nak pekena orang tu bagi logic skit bleh dak? Tengah pekan ni mana ada ghebau.."
"Dak betoi laa ni.. eksiden ni.. Uzed dok tepon mak dia.. hang mai laa ambik kami.. kat Jalan *&^%& ni.."
"Mat Jep.. Toksah dok gebang aku laa.. hang ingat aku tak gheti tengok calendar ka?"
"Laaa... apa sangkut paut kami eksiden ngan tengok calendar?"
"Juboq lah wei.. hari ni 1 April kot.. dok buat serious lebih paseipa.. nak buat lawak pun jangan la dok main benda camni"
"Laaa... kami eksiden betoi laa ni.. bukan nak buat naya kat hang! Teloq betoi!"
"Hampa betoi2 kaa ni??"
"Yaaa laaa.. mai laa lekaih! Kami nakpi parti ni.. skali eksiden pulak"
"Tu laa hampa.. dok buat perangai.. kan dah eksiden!"
Akhirnya.. penyelamat depa pun sampai dan gelak guling2 saja kat depa walaupun lambat skit sebab Ed dok ingat depa main2. Tapi depa takleh nak marah Ed jugak laaa... sebab April Fool taun lepaih, depa kelentong Ed kata si Ali dah arwah.. eksiden depan Masjid Taman Intan. Ed yang baru balik bercuti dari universiti dia pun kalut laa pi lawat rumah kawan dia tu.. Tapi tengok2 si Ali tu demam saja. Sebakui jugak laa sumpah seranah.. melawak kasaq!
Moral?? Hampa pikiaq sendiri lah!
Figura 1.1 Ni diaaaa.. Bapak ghebau!
(Gambaq ni aku kebaih dari http://travel-junkie.com)
4 comments:
memang sangat pekat laa entry nih.. walaupun mula2 tak paham tapi aku cuba memahaminya menggunakan contextual clues huhu.
izuan: hehehe.. berguna jugak class reading ngan pn marina ek? =P
mcm pernah ko crite pasal nih tapi gurauan tu mmg kasaq! and bile aku mental reading bende ni pun kahak boleh terform jugak lepas baca sume nih heheh!
bert: yeap.. mesti laa aku pernah cerita kat korang.. =D tapi aku rasa kalo cerita pakai bahasa utara Husni sure lagi menarik! Hus.. translate laa... ada bran??
Post a Comment