Thursday, 21 May 2009

seloka hospital...

lately aku agak kurang sehat... demam on off sini sana. dengan H1N1 lahh.. meningitis lahh.. selsema burung lah.. selsema ayam lah.. selsema babi dan juga selsema manusia biasa lagi.. one can never be too sure. sila lahh ke hospital untuk proper check up. tetapi ingat.. sebelum pergi ke hospital, pastikan anda sudah bersedia dari segi kekuatan mental untuk melakukan sesuatu yang sangat hebat... iaitu menunggu. iya... menunggu macam orang bodoh.. iyaa... menunggu lama gila babi macam orang bodoh dari pukul 8 sampai pukul 12 untuk tau result blood test to make sure anda dapat denggi ke tak. bersedia untuk buang sebusuk-busuk 4jam dari hidup anda tercongok kat kerusi menunggu.

adalah disarankan agar anda membawa PSP, Nintendo DS atau apa2 permainan portable to kill the time. kalo tak berkemampuan nak beli yang tu.. bawak laaa sahiba ke.. monopoli.. jenga ke.. uno stacko ke.. kalo tak mampu gak.. beli tu.. jutaria tu.. ataupun bawak deck card.. main cho tai tee sampai lebam. sekiranya anda tidak membawa sebarang distractions.. nescaya bila anda masuk jam yang ke 3.. anda akan merasakan semua staff2 di situ adalah punching bags (kecuali nurse yang comel dan rajin senyum =p).

on a separate note.. a friend of mine masuk hospital lately. ada major surgery and dia akan M.C. sebulan.. sebulllaaaannn!!!! jelesnya aku.. wahahhaa tapi memang patut laa sebulan.. sakit dia bukan kepalang.. sekarang patut dah operate dah.. tak dengar khabar berita lagi, mudah mudahan semuanya lancar lah.. semoga senyuman2 nurse yang baik hati dapat memulihkan dia secepat mungkin.. tak kiralah nurse laki kee nurse pompuan ke... hahahahah

Figura 1.1 "Kesabaran anda mampu menyelamatkan nyawa" ye laa tu...

3 comments:

Anonymous said...

Masa aku pakai besi kat gigi dulu...stiap bulan ada appointment,stiap kali tu lah kerja menunggu bermula...mmg menguji kesabaran.Tp org dulu2 kata: Alah bisa tegal biasa.
Drp;)
Apek Keji

Nadia said...

hahaha! seyes. sgt betol! i paling ta suke g hosp. g clinic je la. cepat sket. hee!

Anonymous said...

yeah tunggu dekat hospital boleh habis satu buku cerite yang tebal. bosan tunggu.