Thursday, 26 February 2009

sekarang!

hidup kita. hidup aku. hidup kamu. kita punya choices. kita boleh pilih jalan kita. ramai yang kata untuk maju kehadapan kita perlu melihat ke belakang. ada pula yang mendakwa, pedulikan semua.. pandang depan. masa silam tak ada apa2 makna pun. masa depan juga tidak akan menjanjikan kamu apa2. apa yang penting adalah sekarang! yeap.. now! this moment! kenapa? sebab sekarang jugalah yang akan menjadi masa silam esok.. masa silam 3 minit akan datang. sekarang jugalah masa depan kelmarin. masa depan 10minit yang lepas. bak kata pemuisi tegar Zach De la Rocha "what better place than here, what better time than now?". mari bangun dan merubah apa yang perlu diubah. lantangkan apa yang perlu ditegur. gerakkan apa yang perlu in motion. jangan hidup diselimuti masa silam. jangan bernyawa di atas angan angan. memori adalah palsu, otak kita mampu mengubah fakta dengan apa yang kita hendak percaya. mimpi pula misleading sebab khayalan bermain-main dihujung logika. tak kalah untuk mengenang, tak salah untuk berharap. tetapi jangan sampai terlalai dan mengabaikan 'sekarang'! oleh itu.. dengan lafaz bismillah... kerjakanlah!

Music Kita: for the beauty of wynona

GOTTCCCHHHAAA!!!!! as u can see... ni bukan entry 'Music Kita' yang tulen.. i was tagged.. now you are tagged as well.. buat ni dowh.. saje seronok2.. ni debut album band screamo nih! wahahahah

My Debut Album

Things you do when you've nothing to do. Now you've been tagged, read the instructions below ;)

1 - Open http://en.wikipedia.org/wiki/Special:Random
The first random wikipedia article you get is the name of your band.
(alternatively, if the first article you hit is short, hit Random Article two more times.)

2 - Open http://www.quotationspage.com/random.php3
The last four or five words of the very last quote of the page is the title of your first album.

3 - Open http://www.flickr.com/explore/interesting/7days
Third picture, no matter what it is, will be your album cover.

4 - Use photoshop/paint or similar to put it all together.

5 - Post it with "My Debut Album" in the "caption" and TAG the friends you want to join in. (im tagging you!!!!)

Monday, 23 February 2009

Hidup itu indah..


Figure 1.1 It was a Beautiful Life

suatu ketika dulu.. bila semua orang sibuk tido awal sebab esok da nak skolah. aku akan terpacak di depan tv. mulai pukul 12.15am hingga sejam selanjutnya. time tu lah aku mula belajar menjadi lebih receptive and aware terhadap bahasa jepun dan juga their culture. yeap.. waktu kanak2 memang banyak anime dan drama jepun... tetapi semuanya telah dialihbahasakan ke English atau bahasa melayu/malaysia (thus, wujudlah "somersault berpusing", "berusahalah! umphh!!" dll). 1999 kalo tak silap aku..

beautiful life lah yang berjaya merubah remaja2 malaysia untuk meminati motorsikal scrambler (Azroy Gila2 Remaja pioneer tapi ni buat jadi lagi gila laa.. =D), rambut kembang ala2 baru bangun tido (terima kaseh takuya kimura!), awek jepun yang "KAWAI-I". cerita tu juga membuat aku rasa cam nak cari awek naik wheelchair gak eh... bleh laa aku usung dia merata rata dengan penuh kaseh sayang. wahahhahaha pastu blajar camne nak gunting rambut.. supaya nanti bleh tolong guntingkan rambut awek eh? =p

well.. just teringat laa.. and one more memorable thing bout that drama is... theme song dia yang sungguh mantap. seriously.. berhantu(as in haunting.. lekat kat kepala otak) siot!! drama tu sangat menyentuh perasaan... sedih.. sangat sedih.. bagi yang tak pernah tengok.. hidup korang tak lengkap siot kalo tak tengok cerita tu... nah.. lagu tema dia dendangan B'z.. konya suki no mieru oka ni.

Friday, 20 February 2009

Music Kita: MicWrecka

yeaa yeaa... aku tau.. aku slalu work with lagu2 rock or at least mempunyai guitar dalam line up. kali ini, aku nak memperkenalkan benda yang berbeza sket dari citarasa biasa aku. seriously.. MicWrecka is worth the check. EP solo (note that he's part of The Rebel Scum) dia akan kuar bulan depan (March) and im actually looking forward to it. gaya music dan emceeing diorang (MicWrecka dan juga The Rebel Scum) ni lain macam sket dari most of hip hop malaysia lain. lebih dark, lebih berani dan lebih telus. mengingatkan aku sedikit sebanyak kepada Wu-Tang Clan ye.. ala2 hardcore rap sket. lyrically.. diorang gempak.. and that's also true for his solo act as well and like MicWrecka said dalam lagu Support Bro! "Aku cintakan muzik, aku tak pernah curang!" apa-apa pun.. korang bleh singgah ke official site MicWrecka or MySpace beliau untuk dengar sendiri and judge it yourself from there.. in his words "Demand support daripada korang untuk teruskan mengarang!"

Thursday, 19 February 2009

Monolog

kotaraya ini memang banyak iblis dan syaitan. kalo ko tak waspada, kau pasti sesat. apa yang make sense for me dalam rimbunan konkrit, siulan cengkerik elektrik, haiwan besi dan mata-mata jahat yang merenung adalah mereka-mereka yang bergelar sahabat. dari mata seorang sahabat, kamu adalah individu tersendiri. hormatilah pilihan dan jalan yang mereka pilih. tapi bila mereka mula terpesong, barulah kita hulurkan tangan, jangan dipaksa jangan di cerca. dengan ketulusan hati pasti dia kan sambut. pasti jalan-jalan kita akan seiringan atau setidak tidaknya selari. semua punya destinasi, semua punya impi. dan selalunya kita semua ingin mendaki gunungan cabaran hidup. sahabat-sahabat... kamulah kewarasan aku.. kamulah kekuatan aku. aku tak perlukan ilusi-ilusi lain.. mari kita pandang langit dan mencapai angkasa bersama..

5 tahun dari sekarang.. apakah cerita kita nanti?

*edit - terma 'kita' tidak terhad kepada mereka yang muncul di dalam gambar sahaja.

Wednesday, 18 February 2009

Pasifik rasa itu..

Kusentuh kaca di depan mata.
Tatkala di malam itu,
kurasakan kepanasan menjalar dari leher ke telingaku.
suara halus lembutmu..
seakan bisikan mimpi menembus mudah kalbuku.
dan saat itu mata ku terpaku.
dari atap kotaraya ini aku memandang.
menjamah neon malam yang menghiasi sejauh mata mampu bertandang.
bagaikan susunan konstelasi bintang dihampar ke bumi.
berlari-lari, menari-nari
riang seiya hatiku yang girang.
aku mulai hilang
dalam alunan musik bahagia.
dan fajar mula meratah ufuk timur.
cahaya berkilau membakar seterang cahaya di jiwa. jujurku..
larut sudah diriku.
tapi kenapa kita kini berdiri di lautan berbeza?
keadaan, kebetulan telah membelah rasa
mengaburi mata dan teraba-raba
namun ku yakin serta percaya
Pasifik, Atlantik di hujung benua kan bertemu jua.

18/2/2009 3.20am
Puchong

Tuesday, 17 February 2009

to a friend..

yeap... betul lah tu.. aku adalah kawan yang ko sentiasa bleh count on. man.. i'd be damned to leave you in harms way. i'd take a bullet for you.. a spear.. a knife.. yes.. i'd take a knife for you!! i'd catch you whenever you fall. i'd hold u up when you're down on bended knees. i'd come and rescue you whenever you're in trouble. discreetly saving you from stupid mistakes. i'd carry you on my back.. and it wouldn't be heavy at all.. you're not heavy at all.. right my friend?

Sunday, 8 February 2009

Music Kita: Memperkenalkan... Killing others you are kind (K.O.Y.A.K.)

Benda alah ni sangat baru lagi... overn fresh! band ni baru je ditubuhkan dan salah sorang band member approach aku dan mintak pendapat pasal lagu diorang. aku pun masuk laaaa myspace diorang. without any expectations whatsoever. intro lagu agak emo dengan diselangi dialog sepasang kekasih bertelagah. pastu.. terus masuk riff berat eh.. takde belas kasihan langsung eh? dengan screamin' kaw2.. then mood terus tukar jadi emo balik.. and guess what? it's in malay. berbahasa melayu. akupun terus wtf... screamo melayu eh??? first time ye aku dengar screamo melayu. dan bila aku dengar balik betul2... screaming tu pun in malay.. this is a decent effort eh untuk kembangkan music local.. so guys.. harap bleh bagi support lah..


Friday, 6 February 2009

Music Kita: Lengkap semula by Butterfingers

Lengkap semula by Butterfingers

Akan kubina sebuah jambatan emas
demi menghubungkan aku dengan-Nya
akan ku reka mesin merentas masa
supaya dapat bersama-Nya setiap masa dan ketika

Akan ku rakamkan semua saat indah
bersama-Nya ke dalam sebuah pita video
akan ku lakarkan sebuah lukisan
untuk menggambarkan keagungan-Nya

Diri ini lengkap semula
bila bersama dengan-Nya
denganNya rasa cukup gembira
tak mungkin ada selain-Nya

Akan ku ciptakan sebuah kapal angkasa
untuk ku pergi ke sana bersama-samaNya
akan ku bina istana semegah Taj Mahal
sebagai tanda kasih sayangku
yang kekal abadi

Diri ini lengkap semula
bila bersama dengan-Nya
denganNya rasa cukup gembira
tak mungkin ada selain-Nya

Sekarang semuanya lengkap

yeaapp.. mmg obvious aku adalah fan butters.. tapi there's something special and different about this song lah.. sejak i got my hands on the Kembali album.. lagu ni grows into me. yeah.. lagu ni dah lama dah keluar.. saje je nak share ngan korang.

musically, diorang cuba sampaikan bunyian ala2 'padang pasir' dengan riff gitar sentuhan mediterranean gitu. bagi yang tak pasti bunyi mediterranean tu camne... try listening to Malakian's (SOAD) riffing.. camtu laa.. intro lagu ni pun sangat best.. ala2 radiohead sket tapi different la.. and something notable ialah camne the rest of the band masuk dengan cue drum role tu.. nice! orang kata cun cun la... another interesting touch would be second verse yang diorang insert some effect/sampling kat blakang tu. first time dengar macam tak kena.. second time cam best giler laa plak..

walau camne pun... bagi aku strength lagu ini adalah lirik dia. seperti biasa.. aku dah muak dengan tema2 cinta biasa yang direct. aku rindu kamu.. kamu rindu aku.. aku sayang kamu.. kamu sayang aku. so, bila butters buat lirik cinta kepada Nya, aku cam wooo.... serious babe?? kepada yang tak biasa dengan konsep Nya, ia merupakan pronoun(kata ganti diri) untuk tuhan. kalo kita tak capital letters kan 'N' tu.. lagu ini could sound like just a normal love song. tapi with just that small changes, lagu ni berubah.. totally. imagery yang digunakan oleh diorang dalam lagu ni pun different.. macam "aku ku bina mesin merentas masa".. "akan ku cipta kapal angkasa".. unik.. sangat unik..

bagi aku "Lengkap semula" merupakan antara strength album kembali yang bleh dikatakan sehebat album transcendence diorang yang berdimensikan bahasa melayu/malaysia. kekuatan diorang, bagi aku, adalah penulisan lirik diorang yang sangat witty, critical dan different. banyak reference pada malay proverb, culture di malaysia dan keadaan semasa yang jujur. dan jujur jugak aku cakap.. banyak band2 malaysia yang lain perlu meneroka penulisan lirik yang lebih creative. jangan asyik nak aku cinta kau.. kau cinta aku je... xD

Tuesday, 3 February 2009

Dia...

Datangnya mengundang senyuman
dari baris tutur kata terbuai hati
bicaramu ringkas dan mesra
tawamu bagai susunan kata-kata
yang berlari-lari di satu garisan
yang lurus

mungkinkah dia merasa
mungkinkah kita hanya tertawa
mungkinkah aku terlupa
dia, mereka tetap sama

Hadirnya indah tak terkira
dari setiap langkah takkan pernah salah
bicaramu seraya langkahmu
wajahmu bagai aliran warna warna
yang berulang-ulang di sudut mata
yang telus

dari baris tutur kata terbuai hati
bicaramu ringkas dan mesra
tawamu bagai susunan kata-kata
yang berlari-lari di satu garisan
yang lurus

mungkinkah dia merasa
mungkinkah kita hanya tertawa
mungkinkah aku terlupa
dia, mereka tetap sama

sekali dua.. dialah yang kurasa
perit duka dan tawa
tak sekali ku siakan kamu

mungkinkah aku yang terasa
mungkinkah bukan sekadar tertawa
mungkinkah aku terlupa
dialah dia.. dan selamanya

Tuesday, November 6, 2007
3:53pm

Monday, 2 February 2009

gaza bandwagon

korang nak tau satu benda tak? sekarang ni aku ada satu perasaan yang kalo aku fikir betul2, aku rasa cam bersalah. tapi aku takleh nak elak benda ni.. sekarang ni aku rasa, kalo ada sorang lagi sebut pasal gaza, aku akan pelempang dia. kenapa?? kenapa?? ye.. aku bersalah.. tapi tolonglah.. isu gaza tu dah dioverused oleh semua orang laa sekarang ni. macam lagu2 kat hitz (bukan stesyen radio sebenar) tu laa.. lagu yg sedap2 pun.. kalo diulang sampai lebam boleh muntah darah gak laa... and bleh menjatuhkan value lagu2 tersebut. macam perempuan gak laa.. do you like your woman cheap?

laporan berita and all takpe lah... fund raising boleh lagi.. tapi bila semua benda nak cakap pasal gazagazagazagaza.. muak lahh weii.. ko nak deklamasi sajak kat event.. nak dedicate kat orang kat gaza. "saya buat puisi ni khas untuk saudara2 kita yang menderita kat gaza". kalo sorang je takpe.. ni setiap sorang naaaak jugak satu puisi pasal gaza dan announce yang diorang made one. kira cam gaza ni lesen artistik diorang.. konon diorag sensitive.. konon diorang global dan membela rakan seagama. ko nak buat lagu.. main kat gig.. puuunnn nak dedicate kat orang kat gaza. ko nak buat short film... puuuuuunnn about gaza. group kat facebook pun naaaakkkk jugak group gaza (yg ada entah berapa variation ntah).. oiii... orang dah sign cease fire treaty lama dah wei... gi laa cari isu hype lain plak buat modal korang. gi laa cakap pasal ikan coelacanth yang dah nak pupus tu ke... pasal burung dodo ke.. lagi best.

kalo betul korang care.. korang nak sampaikan dalam bentuk lagu.. puisi.. dll... korang takyah announce lah.. "kawan-kawan, kita disini makan minum kita semua cukup.. takde orang yang nak ancam kita. tapi macam mana kawan2 kita di gaza?". oiii... bila kitaorang dengar ko berpuisi tu kitaorang bleh faham laa pasal gaza. dengar lirik korang pun dah tau laa... ingat kitaorang takleh paham ke? ermm.. ok ok.. apa kata korang dedicate laa puisi/lagu/video marah korang kat zionis ke pulak.. puisi/lagu/video untuk george bush ke.. puisi/lagu/video untuk pereka peluru berpandu yg dilancarkan kat gaza tu ke.. kat tongok2 yang still nak fire missiles ke israel lepas sign cease fire treaty tu ke? dedicate kat bongok2 yang tak reti bersatu kat tanah palestin tu ke? belajar2 laa cari angle lain plak.. tunjuk kan sikit yang korang tak hanya ride the bandwagon je and that you really2 care dan amik tahu. mungkin sementara tu korang patut main game ni untuk ekspressi dirimu sket. =D

Figura 1.1 gambar hiasan (taken here)

notifikasi penting: ini bukan post mengenai gaza. ini adalah post mengenai orang yang suka bercakap(atau yang sewaktu dengannya) pasal gaza (i repeat, cakap je...). so.. sape nak pelempang??