"you have only been gone ten days.. but already i am wasting away... i know i'll see you again... whether far or soon.. but i need you to know.. that i care... and i miss youuuuu....."
Saturday, 3 September 2011
Wednesday, 31 August 2011
Syawal
Duhai Syawal, duhai anakku..
dihening pagi ayahandamu menunggu
dimanakah silapnya.. dimanakah salahnya
melangkah pergi tak kunjung kembali
kadang lidah tersasul, hati keras tak luntur
apakan daya diri memikul
rasa rindu yang menyusul
dingin nya wajah bukan kerana marah
tegas nya suara bukan kerana benci
berdekad kudrat dikerah untuk melihatmu berdiri
Duhai Syawal, duhai anakku..
dihening pagi ayahandamu menunggu
dimanakah silapnya.. dimanakah salahnya
melangkah pergi tak kunjung kembali
setiap kali mata dipejam wajah mu menjelma
dari langkah pertama hingga dewasa
di pagi ini di manakah perginya?
Duhai Syawal, duhai anakku..
dihening pagi ayahandamu menunggu
dimanakah silapnya.. dimanakah salahnya
melangkah pergi tak kunjung kembali
anakku.. putihkanlah yang hitam
tangan menanti salam bersambut
di pagi syawal.. harapan dikalam
-30 Ogos 2011
1 syawal

Hilang...
yeap... aku menghilang dari pentas blogger ni untuk masa yang agak lama. sebab? musibab? semestinya aku sekarang sedang sibuk dengan persiapan kahwin. yeap... dalam ke'hilang'an aku itu ari, aku sempat bertunang. gambar? takyah lahhhh.. aku bukannya selebriti pun. mungkin selepas aku pakai facial wash gatsby... mungkin aku akan upload gambar aku.
so far.. semuanya okay... im on the right track. cuma mungkin aku selalu biarkan blog aku ni terabai. mungkin jugak seperti yang kawan aku suka cakap.. time2 bahagia, tak syok berblogging. sebab bila bahagia... kita takde bahan yang nak critical sangat. semua benda nampak cotton candy... semuanya baik2 belaka. alaaa... bahagia. berblogging ni best time2 tengah marah... frust... sedih.. emo... tak puas hati. sebab masa2 macam tu laaaa otak kita akan lebih peka dan sensitif. lebig analytical dan critical. tapi bagi aku... apa guna tulisan2 yang analytical dan critical itu kalau jiwa dan hati tak tenang? jujur aku cakap... aku lebih rela trade in 100 blogpost aku yang dilandaskan oleh pergolakan perasaan dengan seminit ketenangan dan kebahgiaan.
aku tidak perlu drama!

Thursday, 4 August 2011
Vegan black metal chef..
aku rasa brother brian dari Vegan Black Metal Chef patut dapat a slot or two kat asia food channel, travel & living etc. dia awesome!!!!
Monday, 20 June 2011
Musim menanda paper tiba lagi...
yeapp.. inilah musimnya... bikin hati panas.. menyirap.. semua cukup. sebab sepanjang semester kita mengajar.. kita dapat benda2 macam ni...
Monday, 6 June 2011
Kejadahan rambut strikes back..
yeapp... aku nak cakap pasal rambut. and yeap aku nak cakap pasal rambut lelaki. rambut pompuan dah berkati2 magazine keluar tiap2 minggu just pasal rambut korang. so skarang duduk diam2, dengar aku cerita pasal rambut lelaki. aku pernah cakap pasal ni dulu.. yeap dulu aku cakap dengan terlalu bersandar dengan emosi tapi kali ni aku nak olah dengan lebih teliti. aku memang tak pernah faham kenapa orang selalu biased for rambut pendek for men. walhal, rambut pendek ini adalah budaya barat yang telah diangkat oleh kita. budaya pinjam. budaya brainwash barat dimana ianya sekarang secara universal nya semua orang cakap lelaki MESTI rambut pendek.
walaupun kita telah di brain wash, subconsciously kita tau... dulu-dulu.. lelaki pun rambutnya panjang. tak percaya?? pergi laa tengok balik cerita2 melayu zaman sebelum jajahan barat. rambut lelaki semua panjang2 belaka. merong mahawangsa, rambutnya panjang. dalam cerita puteri gunung ledang... hang tuah rambutnya panjang... alahh.. hang tuah yang "tak melayu hilang di dunia tu" laa... so secara adatnya bukankah kita patut mencontohi dia dari mencontohi pak salleh yang datang dengan kapal meriam senapang menjajah kita?
tak payah contoh melayu sahaja... orang china dulu pun rambutnya asal panjang. tak percaya? tengok laa cerita wong fei hong tu.. fung sai yuk ke... ip man ke... rambut orang china asalnya botak depan dan ponytail yang sangat panjang. orang jepun pulak... tocang itu adalah honor seorang selaki dan lelaki yang tak bertocang umpama lelaki yang telah dirampas maruahnya (especially samurai).walaupun kita dah maju.. dah modern.. maka harus sangat kah kita ikut gaya rambut 'modernisasi' ini? kenapa semua orang sibuukkkk sangat dengan benda ni?
aku a bit reluctant kalo nak discuss dari sudut agama sebab knowledge aku pun tak ke mana. tapi blogger lain refer to hadis, read here yourself. tak ada salahnya berambut panjang selagi tidak menyerupai perempuan.so.. nak tanya sket... ni nampak macam pompuan ka???

sila bersihkan persepsi cetek anda tentang rambut lelaki okay?
Monday, 30 May 2011
Budak kecik bernama Taj...
Aku admit.. I'm not very good with kids. especially yang kecik2 dan yang tak faham bahasa lagi tu. susah nak communicate dan due to communication breakdown, aku selalu jadi benggang. aku dah ada 6 nephew/nieces, dia punya headache, perghh... of all anak2 sedara aku ni, skarang... yang seorang ni laa paling banyak hal dan juga benda sengal ngan aku.. si taj rasyad.
hal.. memang laa banyak. dia punya rengek.. aduh.. kecik2 pun dah pandai merajuk n all. bikin panas. tapi banyak jugak laaa benda2 sengal yang best/kelakar/pelik dengan budak ni. macam ituari kitaorang gi nilai. lalu laaa highway KL seremban tu. budak taj ni tak cakap fasih lagi. berbunyi tapi perkataan dan bunyi-bunyian yang tak make sense lah. waktu kitaorang on the way balik tu.. dia tgh berdiri and berceloteh laa dalam kereta. pastu waktu passing nilai memorial tu... tiba2 jerr dia berhenti cakap, toleh ke arah situ and waved dan cakap "daaaa..". akak aku dah ackap "ahhh.. sudah.. apa laaa plak budak ni gi babai ni". siang... so sebab tu lah ianya kelakar instead of jadi cuak.
tu satu hal... pastu ada satu kali plak time kitaorang balik dari shah alam ke putrajaya, aku beli cendol kat seksyen tujuh(tepi kilang dekat i-city) tu.. beli untuk semua orang laa.. dalam kereta dok elok2 pastu akak aku tegur, "apsal ngan si taj ni... dari tadi asyik senyum sorang2 saja... diam and sengih ja". orang tegur dia pun senyap dan senyum jer.. aku pun cam.. budak ni dok senyum sorang2 apa hal? high ke? and then it occured to us... akak aku yg bijak lagi penyayang tu gi share cendol dengan anak dia. yeap.. CENDOL PULUT TAPAI! confirmed! budak tu high dan tengah nampak some psychedelic things. sbb tu tersenyum sorang2. hahaha
so kalo ko ada anak sedara yang hyper sangat, sumbat jaa tapai... confirmed stoned! =D so that's it.. nephew aku si taj rasyad.. budak yang time kecik2 pun pernah tak sober!

Tuesday, 10 May 2011
Sex Ed Rocks!!!!
yeaaa.. yeaa.. aku tau of late aku selalu post video youtube. nak buat macam mana? banyak sangat hilarious clips of late/lagu2 yang best aku jumpa kat situ. so this one... sangat menarik... wajib tonton =p
Sunday, 1 May 2011
Psychosocial Baby!!!
inilah dia... justin bieber featuring slipknot... *finggers crossed harap satu hari nanti aku bleh tengok lagu ni live. hahahahahhahahahaha
Tuesday, 26 April 2011
Bila lelaki menangis...
yeaa yeaa... aku tau, aku memang selalu me war2 kan kemochoan lelaki. betapa lelaki itu gagah and all. boys dont cry.. tapi aku juga sedar yang segagah-gagah lelaki pun. ada masanya dia hanya seorang lelaki. he's only a man. bukan semua benda lelaki boleh drop kick and get over it cam tu jer. dan seperti kata2 mendiang bob marley, no woman no cry. selalunya, lelaki hanya akan menangis when nobody's around. contoh terbaik ialah dalam toilet, ketika mandi atau konon2 urusan lain. bila matanya merah keluar dari toilet, bleh jawab "owhh... shampoo masuk mata tadi". bagi perempuan perempuan yang berjaya buat lelaki menangis di public, tahniah! anda memang hebat sebab anda dah berjaya melumatkan ego seorang lelaki. dan ingat jugalah... bila kamu berdepan dengan lelaki lelaki yang berego tinggi ni, sebenarnya hasil dari kraf'tangan' perempuan jugak. bila ego dilumatkan, diorang akan pacak dinding yang lebih tinggi the next time. hati dikeraskan setakah dua lagi. ini overgeneralization.. tapi kebanyakannya itulah isunya.
apa? bila last aku menangis? hmmm... bila last aku menangis memang mustahil laaaaa aku nak share ngan korang. hahaha jangan HARAP! tapi first time aku nangis in public, boleh laaa kot aku cerita. dont worry, aku takkan loya buruk lah ngan korang cakap 1st time aku nangis time aku baby dulu. ni betul2 nye cerita lah.. it was back when i was in secondary school (aku tak ingat exact years sebab benda2 sedih aku slalu mental block kan the details). yeap, primary kita skip lah ye? tu kira budak2 lagi. waktu tu aku terima berita kematian arwah atuk aku. all the way, aku play it cool. macam takder perasaan. unmoved. just buat dono jer.. konon2 dah besar, ta perlu kot nangis walaupun orang lain semua dah sedih kaw2. aku cuba be a 'man'. cuba yerr.. dan bilamasa aku sampai di hospital.. still lagi maintain. "owhh.. atuk dah tak ada.. atuk dah ada kat tempat lebih baik dengan Allah" adalah mantra aku time tu. dan bilamasa aku tengok jenazah atuk aku.. barulah bergoyah hati aku. bilamasa nurse menyelak kain melitupi muka jenazah atuk aku... wajahnya sayu lembut dan mata terpejam. dan ketika itulah... bagi disentap oleh seluruh liang urat aku.. aku rebah dalam tangisan. atuk kesayangan aku dah tak ada... selama-lamanya.. okay... aku taknak tulis the details.. korang agak2 sendiri lah ye? hahahah *sapu air mata setitik kat mata.
kawan2 (yg jantan ye), tak salah kalo air mata kita jatuh. kita manusia. tak salah kalau kita hiba, kita bukan the only one yang perlu tanggung beban perasaan itu. ada masanya 'drop kick' bukan penyelesaiannya. tapi jangan lah gunakan air mata tu sebagai senjata untuk memanipulasi orang. yang tu biarlah cik gadis cik gadis jer yang pakai... okay? =D

$$$$$$$
$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$
pengerak setiap daya kita untuk melakukan sesuatu
$$$$$$$$$$$$$
lapiklah dengan apa pun ianya tetap perlu
$$$$$$$$$$$$$$$$$
takyah nak gebang lah tiap2 bulan ko tunggu
$$$$$$
tak pun kau kerja keras, putar belit, tipu manipulasi sebab
$$$$$$$$$$$
bergaduh adik abang ayah pun kerna
$$$$$$$$$$$$$$$
$$$$$$$$$$$$$$$$$$
$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$
$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$
$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$
sampai bila?

Cyberjaya 26/4/2011
Saturday, 23 April 2011
Efek padang pasir..
orang cakap kalo dok kat padang pasir lama2.. it could mess up your head.. ini severe case of it!
Thursday, 21 April 2011
Hakikat
terima hakikat...
kita semua takkan mungkin bisa fikirkan benda yang sama
telan segala ludah pekat
kita bicara sefahaman bilamasa orang keliling dunia masih bertikam bukan dengan lidah sahaja
sudah takdirnya begini
aku kau mungkin sebulu tapi adakah mereka diorang juga begitu?
hari hari dijamu berita kebangsatan kita
kita itu aku kau mereka diorang juga
tak reti penatkah?
tak reti penatkah dari segala liputan berita sensasi dan dunia tunggang langgang?
terima hakikat
setiap ada yang atas pasti ada yang bawah
setiap adanya sayang pasti ada benci
setiap adanya masa pasti kita sentiasa kerugian

Cyberjaya 21st April 2011 5.42pm
Monday, 18 April 2011
Thursday, 14 April 2011
A new morning...
Would you like to wake up in the morning and hear this song playing?
"Atarasii asa ga kita, kibou no asaga, yorokobi ni mune wo hiroge, aosora aoge, rajio no koe ni, sugoyaka na mune wo, kono kaoru kaze ni kirake yo, sore: ichi ni san!!"
Wednesday, 13 April 2011
Saturday, 9 April 2011
Rider party!!
Wednesday, 6 April 2011
Tuesday, 29 March 2011
Kamen Rider Kepong...
okehhh... aku jeles ngan apek dua ekor ni. diorang dapat jadi kamen rider!! wahahahahah
Tuesday, 22 March 2011
Hikayat Merong Mahawangsa..
no 1... ummi nazira tu hot! bwahahahha memang muka dia muka melayu abis lah. so i cant imagine kalo jumpa dia kat luar and dia cakap ala2 cheerleader(almost 60% ladies speak like this) dengan segala OMG dan whatevs nya. sure rasa pelik.. hahaah
ok ok ok.... back to our real discussion. merong mahawangsa was definitely among the best malaysian films yang aku tengok lah. tak banyak pun filem tempatan yang aku angkat sebagai best. langkah besar oleh industry filem tempatan. ramai orang2 lain dah buat review pasal movie ni. good reviews ada... bad reviews ada. aku... maleh nak cerita panjang2. overall it was a great movie tapi aku nak highlight several things:-
- mano maniam(uncle chan from kopitiam) was using manglish rather than an indian accent english and it doesnt reflect Goa
- overall use of english was a bit off
- penulisan script masih sedikit mentah kerana ada lines yang tak masuk. lawak yg tak gelak. contah: "we're going to show the pirates how ugly they are". hmmm... rasa macam aku patut gelak, tapi aku tak gelak.
- kebanyakan pelakon pembantu tidak cukup menjiwai watak: awek hot goa tu paling obvious.
- depth penggunaan language masih jauh ketinggalan jika dibandingkan dengan PGL (puteri gunung ledang). you have to admit tiara was top notch. m. nasir.. takleh nak cakap apa laa.. hang tuah! dan even the gusti adipati punya acting, language-wise pun mantap!
- dissapointed dengan musical arrangement sebab sesetengah scene tu.. lagu nya tak masuk. example scene view pantai after first skirmish penuh mayat. lagunya... penuh semangat macam hero baru nak naik kuda gi lawan. WTF?? waktu credit role.. lagu epik2... tiba suddenly masuk lagu anuar zain macam edit cut and paste guna windows movie maker saja. apa tu weihh??? -_- aku expected more in terms of the musical score sebab satu... KRU kan orang music? colabo plak ngan philharmonic.. kenapa perincian secukupnya tidak diberi?
- scene bonding merong dengan marcus kat atas kapal lawan pedang tu was REALLY awkward. aku tau diorang nak buat scene ala2 'bromance'. tapi it turns out to be something cheesy and borderline gay!
Wednesday, 16 March 2011
Kalaulah...
Kekasih: sayang... handbag saya dah rosak lah =(
Farhan: oh ye ke?? anniversary kita dah dekat.. alang2 cari baru yang best lah ye?
Kekasih: a'ah anniversary lah.. handbag apa ye?
Farhan: awak, haritu saya nampak bag LV ni.. lawa lah. it'd suits you nice i think
Kekasih: oh, ye ke?
Farhan: a'ah.. jom lah gi beli.
Kekasih: ehh.. nanti dulu... bagi i tengok kat metrojaya dulu ye. kalau2 ada handbag lain yg i berkenan
Farhan: *muka terkejut
kalaulah begini wahai tuan tuan dan puan puan... ku bilang kalauuuu....
***backstory
Farhan bukanlah seorang(atau anak) dato', tan sri, kerabat atau dato sri dan semestinya belum datuk lagi.

Tuesday, 15 March 2011
Old school western revival...
aku bukannya selalu sangat review pasal filem. bagi aku best ke tak best a movie itu bergantung pada tanggapan orang yang menonton nya. tak kira lah berapa juta hujah aku highlight pasal betapa buruk/bodoh/bangang/useless nya cerita2 mo-haiiiiideen tu... tetap akan ada gak orang gi tengok kat wayang. tetap duit dia masuk gak. so buat apa abiskan air liur bercakap/penatkan jari type. betul idak? apa yang aku lebih suka adalah bincangkan isu2 atau genre2 cerita yang bagi aku interesting supaya boleh dikongsi bersama dan mungkin kamu kamu akan dapat turut berkongsi pendapat dan point of view korang. lebih berguna bukan?
waktu kecik-kecik dulu, aku sangat suka westen movie. bukan filem barat in general, tapi filem koboi lahhh.. all the gun slinging.. outlaws and 'man with no name' sangat appealing. dari dollars trilogy (fistful of dollar, for a few dollars more and the good, the bad and the ugly) sampai lah ke unforgiven... dan semestinya BUKAN brokeback mountain. smalam aku pergi tengok cerita Rango.. and yes, i went out of the cinema as one happy child. yeap, aku rasa macam im back when i was a child enjoying all those cowboy acts. tapi bukan koboi macam woody dalam toy story tu lah. cerita rango ni memang tembak tepat2 kat soft spot cerita koboi aku... and yes, sedikit sebanyak aku rindu cerita camni. skarang dah takde sangat dah cerita koboi2 yang best ni. nanti akan keluar cowboy & alien (yess koboi dengan makhluk asing) starring hans solo dan james bond (harrison ford & daniel craig). aku a bit skeptical skit bab ni... tapi tengok lah how it'd turn out nanti... tapi for the time being... im happy with Rango. and yes eventhough rango tu animated, it's not a kiddies movie. so tuan2 dan puan2.. takyah la bawak anak2 anda yang takleh handle tengok tenggiling kena gilis ngan kereta ye?

Monday, 14 March 2011
Thursday, 10 March 2011
Aku suka klinik gomen...
seronok okay... memang seronok. sebab ituari aku gi cabut gigi garham aku.. kena cucuk ngan picagari yg dihandle ngan dua tangan.. dan dia tekan bukan dengan ibu jari.. dia tekan ngan tapak tangan tau! kena henjut2 kepala and all.. seronok! nak ditambah lagi keseronokan tu... it turns out diorang tertinggal serpihan and one root. YES, terrrrrtinggal. =D ni aku baru balik dari dentist again. gi cabut the root yg terrrrtinggal tu. and went all over again with the jarum and the henjut. and yes.. ini semua untuk servis berharga rm2. terimakasih klinik gomen! =)
and yes! orang-orang kat situ layak kena dropkick!
and yes! orang-orang kat situ layak kena dropkick!
Tuesday, 1 March 2011
Thursday, 24 February 2011
One phrase that'd rule them all.. (dari lelaki untuk lelaki)
hoohoooo... bunyi macam the One Ring pujaan ramai dalam cerita lord of the rings. percayalah wahai kawan2.. terdapat satu frasa kata (phrase) yang boleh digunakan dalam segala kontek harian. frasa berkuasa ni boleh digunakan (oleh lelaki) dan anda tidak akan terkeluar dari perbincangan dan kita akan sentiasa releven dalam diskusi tersebut. frasa berkuasa yang aku maksudkan adalah:-
Kawan baik: Oi farhan.. ko bleh datang check PC aku tak.. asyik hang aja.. mungkin ada heat problem kot
"Drop kick aje.."
KAPOOWW!!! |
yeapp... drop kick aje semua benda! contoh:-
Boss: Farhan, saya mahu awak selesaikan isu di kampus borneo untuk saya. flight kamu minggu depan
Farhan: Okay boss, saya pergi sana and drop kick aje semua benda tu.
Kekasih: Farhan, kasut manolo blanik saya dah semakin ketat lah
Farhan: Bak sini.. meh i drop kick aje kasut awak tu!
Kawan baik: Oi farhan.. ko bleh datang check PC aku tak.. asyik hang aja.. mungkin ada heat problem kot
Farhan: Alahhh.. PC ko tu dah cabuk... drop kick aje then esok campak lombong
Kawan tak berapa baik: Farhan... pinjam lima ploh!
Farhan: *Drop kick aje <--- kelakuan, bukan percakapan
Kawan agak baik jugak: Farhan.. aku ada masalah doww... aku.. (insert apa jua masalah)
Farhan: ohhh... kau drop kick aje lah (insert masalah tersebut di sini)
Kekasih: Farhan.. i sayang you.. you tau kan?
Farhan: untuk you sayang.. i'd drop kick aje everything
so wahai kawan2 lelaki aku.. gunakan kekuasaan frasa ini dengan penuh tanggungjawab. we need to stick together on this.. remember, bros before hos.
----------------------------extra-------------------------------
Wartawan: apakah pendapat dato' sri tentang perkembangan politik negara dan ke mana hala tuju negara kita di masa hadapan?
En Menteri: Drop kick aje lah politician semua ni.. sekor2 sama saja..
Wednesday, 23 February 2011
lelaki, ego dan self confidence...
ramai mungkin tidak bersetuju dengan aku.. atau mungkin mempunyai sedikit perbezaan dari segi pendapat dan point of view (peduli apa.. ni blog aku). secara natural nya.. lelaki akan dikaitkan dengan ego dan self confidence (yg kadang2 terlampau lampau). jika lelaki tidak mempunyai kedua atau salah satu, dia akan dicerca atau diperkotak katik kan oleh kaum sejenisnya. ego, pride, self worth seorang lelaki adalah tulang belakang kelakiannya. perbincangan ini adalah fakta terasing di mana pendapat perempuan dan tanggapan perempuan tidak akan diterima pakai langsung (korang(perempuan) dont know shit about being a man, so shut up and listen =p). among men, ego pride tu mesti ada.. dan men di sini adalah a collective number of people (yg lelaki laa.. duh~).
so secara sosial nya di kalangan lelaki, jika seseorang itu tidak mempunyai ego, atau tidak build up a wall of pride, dia akan mudah diperkotak katik oleh rakan lelaki yang lain. seorang lelaki perlu menegakkan wall of pride mereka sebab men will always face the power struggle dalam menetapkan kedudukan mereka dalam hierarchy sesuatu kumpulan lelaki. dalam erti kata lain, the struggle to determine the alpha(s) and betas. ke alpha-an seseorang itu akan menjadi multiplier kepada influence seseorang terhadap ahli kumpulannya. dan kenapa aku letak alpha(s), sebab alpha position tu akan sentiasa dishift mengikut keaadan semasa. contohnya batman ngan robin. batman tu alpha, robin dan gotham police tu betas.. tapi robin akan jadi alpha bila batman gi toilet dan robin bleh bagi arahan kat gotham city police. maka ketika itu, robin adalah alpha.
selain dari wall of pride.. seseorang lelaki perlu establish diri dalam pertandingan bantering among men. bantering here, pada yang tak faham adalah gurau-gurau kasar. gurau kasar yang melampau lampau, yang bleh buat orang terasa dan buat perempuan menangis tu. gurau kasar letak konek tepi muka orang pastu panggil soh dia toleh. gurau hinaan drop mengdrop tahap kau sampah paling tak berguna etc. you know, the usual stuffs lah... dalam semua ini, seorang lelaki harus endure dan gain the upper hand or the upper ground in it. make sure you'll not end up as the victim/losing side. di sini, confidence (atau super confidence ngan diri sendiri) akan dapat membantu anda untuk bertahan dan menyerang balas.
walaubagaimana pun.. im not saying here that being alphas is the best thing and being betas is bad. benda yang membuatkan sesuatu group of men itu hebat adalah synergy between the alpha and betas. jika ianya tidak benar, masakan wujud phrases like 'dynamic duo', 'partner in crime', 'wingmen', 'batman and robin', 'sidekick' etc. the sharpest samurai sword needs a sheath... so an alpha without his betas would mean nothing (or would wreck havoc without control). hence ladies... sebab tu laa lelaki2 semua menjadi2 bila ada kawan2 dia... kalo sorang2.. he's a harmless kitten =D (im talking about normal sane man laa.. bukan psycho killers,serial rapers etc).

Thursday, 17 February 2011
Nostalgia musik remaja...
hari kekasih untuk aku adalah sama seperti hari2 lain. bezanya cuma hari tersebut akan kelihatan ramai orang menjual bunga2 dan hadiah2 cute dari 7E hinggalah ke tepian jalan. aku tak pernah celebrate atau rasa nak celebrate pun. dulu waktu belajar, mungkin lah sekadar membeli sekuntum bunga dari 7E buat teman ketika itu. and that's it (ye ke?). tapi for sure the last five six years.. v-day was nothing day for me. tahun ini... v-day dah jadi eeeeexxxxxxtraaaa special sebab band idola zaman remaja aku turun KL. (and of course sebab sekarang sudah ada cinta hati =D).
the feeling was... nostalgic... contented.. relieved... satisfied... and percayalah. kat event tu ramai aku nampak lelaki yang menangis... sebab finally, dapat lihat, jumpa dan salam ngan idola remaja mereka (bukan aku ya!). bagi abg2 kakak2 yang kurang faham perasaan ni.. bayangkan kalau anda dapat berjumpa dengan Allahyarham Tan Sri P.Ramlee.. rasa nostalgic kan? macam itu lah rasanya buat lelaki2 dewasa yang nangis jumpa deftones ni... because semua orang kat situ membesar dengan music mereka. lapis2 bunkface, hujan semua ni mana mungkin faham... 10 tahun lagi.. lepas hujan dan bunkface dah ada anak dan jadi macam awie skarang ni, barulah faham agaknya. =D

Monday, 7 February 2011
Hero aku...
Hello kawan2.. ni salah satu hero aku. Maddox. ni one of his show, my fav.. enjoy!
so remember... UTDINYSTFU!!!
so remember... UTDINYSTFU!!!
Saturday, 5 February 2011
Dengan dia...
hari ini.. aku nak sentuh sket isu komunikasi. komunikasi itu penting.. dan semestinya sangat penting dalam memelihara hubungan baik antara individu. dan sekiranya anda mempunyai individu yang significant.. your other half, memang sepatutnya kita amalkan komunikasi sihat. kadang bila kita tak berkomunikasi tentang di mana lebihnya, di mana kurangnya... kita tak tahu. kita semua tak boleh membaca perasaan dan fikiran pasangan kita (kita bleh rasa jaa cam kita tahu.. tapi ianya tak semestinya benar). jadi jika ada apa2... bicarakan. manusia waras dan rasional seharusnya mengambil imput komunikasi tersebut sebagai agenda utama dalam memajukan dan memperbaiki diri. tapi awas.. kadang ada manusia kategori yang lagi dilarang, lagi nak buat. lagi ditegah lagi betah menerjah.. (selalunya berlaku ketika berumur dalam lingkungan 16 ke 24 tahun). kalo dah besar panjang pun masih perangai camtu... mereka patut ditanam di dalam 'time capsule' dan korek balik bila diorang dah di'basuh' masa sket. hahahahha yang penting...
1) tak senang dengan sesuatu, bagitau
2) jangan ungkit mengungkit
3) bersama setuju dengan masalah dan bersama mencari penyelesaian (tak kira lah salah siapa pun)
dan akhir sekali... "sayang, i lebiu lah!!" (i know you'll be reading this kat muar tu kan? =p)

Tuesday, 25 January 2011
Abang2 yang Deft dengan Tones..
januari bukanlah bulan yang produktif buat aku. students cuti.. kawan2 semua sibuk nak kawen/dah kawen.. so takleh nak kacau diorang sangat. kurang beraktiviti selain daripada mengayuh jer laa.. bulan depan febuari.. bulan dinanti-nanti pasangan bercinta. sebab ada valentines day. v-day? apa baraaanngg... 14th febuari nanti i have something better to do.. ni ha...
yeap... aku nakgi tengok deftones!! akhirnya... setelah sekian lama.. chino moreno turun gak sini! diorang ni hero zaman remaja aku dan dulu, aku akui, aku memang chino wannabe. siap dengan baggy pants.. janggut, rambut.. semua nak sama jer.. (sebab aku sedar aku bukan pretty face dan i could never pull a boyband look) =p fingers crossed.. please please please... main laaa lagu Change(in the house of flies), Digital Bath, My Own Summer, Passenger, Root, 7 Words, Hexagram (and the list goes on and on...)

Tuesday, 4 January 2011
The man your man could smell like..
okeh... skarang selain daripada maddox (the best page in the universe) and barney stinson.. old spice guy ni skarang dah masuk dalam 'my heroes' list... gempak! hahahahaha
Figure 1.1 And here's the parody version
Subscribe to:
Posts (Atom)