Wednesday 18 March 2009

music dan faith...

kadang-kadang, aku terasa envy melihat progress music dan mentaliti musician barat (memang patut pun.. tengok lah industri music kita). tapi aku bukan nak cakap pasal achievement, quality dan semua benda yang memang dah obvious. tapi aku nak bincang pasal content yang diorang bleh sampaikan dalam music diorang. mungkin korang semua dah kenal konsep christian rock or white metal and all.. (atau tak.. then start reading) gaya penulisan band2 tersebut banyak direlatekan dengan unsur2 ketuhanan, faith dan kadang2 verses dari bible. banyak band2 yang dah famous and mainstream seperti Creed, Switchfoot, Underoath, dan P.O.D. yang menyampaikan nilai2 keagamaan (diorang) dalam lagu diorang. lagu-lagu P.O.D. kalau anda telitikan, hampir semua lagu diorang ada reference to verses dari bible dan underoath, band yang bermain music yang agak berat, banyak menyampaikan nasihat dan reference keagamaan indirectly dalam lagu2 diorang.

persoalannya sekarang kenapa tiada local band kita yang mencuba sesuatu yang sama? kenapa kita sering sekularkan nilai faith dan keagamaan dari music? apabila sesuatu music merefer kepada isu2 tersebut (direct or indirect), immediately kita label sebagai nasyid. walaupun music kita rock, berat dan lain dari yang biasa, salahkan untuk kita approch penulisan lirik dengan our faith? the closest thing so far would be lagu alhamdulillah by too phat, yes, bukan band lagu rock tapi lagu tu banyak sentuh soal faith. namun ianya belum benar2 membawa apa yang aku persoalkan disini sebab too phat masih menggunakan yassin (artis yg synonymous dengan nasyid) untuk highlight that. why cant they make a standalone one? kalo diorang takde yassin to sing the chorus for them, adakah that would make them 'uncool'? music dan mentaliti kita perlukan revolusi, perlukan lebih keterbukaan dari dua2 pihak, si penyampai music dan si pendengar.. setuju?

Figura 1.1 Gambar hiasan

13 comments:

Anonymous said...

i love that pic. the sky sgt cantik. hehe

off the topic plak.

Anonymous said...

2 words...takda market.

Azzam?? said...

so perlu teruskan laaa dengan ketiadaan market tu?

Anonymous said...

Matlamat X menghalalkan cara. rilek sudah!

Anonymous said...

skema seyh bhse kamu.
figura 1.1?
kah3..

Azzam?? said...

anonymous: pastikah ianya haram? cuba tanya yang di bahu kiri dan kanan kamu tengok.. xD

moon: =D

Hasniza H. said...

Hai Azzam, maybe kalau lagu ketuhanan kita dibawa oleh kumpulan2 Rock atau band2 yg, dianggotai orang Islam, ada faktor yg. tak boleh menjadikan ia kenyataan. Let say, genre rock, alat2 muzik yg digunakan berasaskan tali di mana ia haram di dalam Islam kerana dapat melalaikan pendengar.

Ini pendapat saya sahaja, kalau saya salah dan tidak tepat harap maafkan ye.

salam sejahtera!

Azzam?? said...

sekiranya anda berkata begitu... nasyid2 juga menggunakan alat music berasaskan tali.. seperti gabus.. dll.. jika benar niat tak menghalalkan cara.. kenapa yg itu bleh terlepas?

Anonymous said...

*gambus

Azzam?? said...

weeeee.... gambus!! xD

Hasniza H. said...

Saya cuma fikirkan, pendengar kita lebih tumpukan pada muziknya berbanding mesej yg. hendak disampaikan. I mean genre bg. band rock atau anything selain nasyid, muzik dia you know lah kan? Dia punya 'layan' ahaha.

BTW, saya juga pernah berfikir seperti anda, Azzam. Sewaktu saya melayan lagu Green Day - Jesus of Surbubia & Give Me Novacaine.

But after all, fikir2 semula mesti ada sebab kenapa local band kita tak mempersembahkan lagu2 yg berunsur keTuhanan.

Thank you Azzam :)

Azzam?? said...

well.. saya tidaklah mengharapkan mention yang sebegitu obvious.. kalo tak, akan jadi macam lagu Agnes Monica "Allah Mengerti" dan keluar laa macam2 spekulasi. yang lagu agnes tu i have no comments.. over in indonesia allah is considered as just another word for tuhan and can be used across all religion. so it's up to the person lah.. what we could at least do is mention things indirectly... for example band underoath, kalo awak tak baca liriknya, pasti awak sangka dia tengah maki hamun.. tapi sebenarnya dia sedang menasihat.. =D

Hasniza H. said...

Nonetheless, it is a good topic for discussion, though. Plus, there is alot of response from the readers. I'm glad being one of the panel.

Thank you.