Friday, 25 December 2009

Kalau bukan kau.. aku..


Entah kenapa.. lately aku rasa cam nak share bout movies yang aku suka ngan korang semua. i'm not into rating movies or anything... just nak share benda2 yang i like.. so, kali ni.. another 'must watch' movie would be Battle Royale, movie jepun yang keluar back in 2000.. cerita ni aku tengok dengan kawan2 aku kat hostel, waktu i was still in college.. memang jadi kegilaan kitaorang lah.. (it was thaaaat long ago huh? =p)

cerita ni took another angle in the modern world.. that the world went through a great depression laa.. banyak orang jobless.. inflation.. and the youth went out of control.. so nak curb gejala ni.. kerajaan jepun(dalam cerita tu) luluskan akta battle royale ni.. problem classes were identified and bebudak tu semua were gassed and transported to an island.. semua student2 tu kena fight among themselves sampai tinggal sorang jer and collared with explosive supaya takde yg lari.. and not just that.. tgk video ni for the rules (video rules dia agak sengal dan ironically kelakar)



notice tak... cikgu diorang tu?? yeah.. u guys tak salah. mamat tu laaa pakcik dalam Istana Takeshi tu... boss besar.. owhh btw.. amaran... cerita ni penuh ngan violence.. like seriously violent. imagine, perempuan jepun kawaii comel cun... kejar and bunuh2 orang ngan sabit dengan uniform skolah.. hehehehe... well cerita ni takde laa empty and mindless sangat... banyak gak laa isu2 yg diorang sentuh among the students.. cara diorang cope dengan that reality.. 42 students semua... tgk lah bagaimana each and everyone reacted.. kalo tak dapat cari sendiri cerita ni.. datang kat aku... aku pass dalam thumbdrive... =D

over here... tribute tu awek kegemaran aku dalam movie ni... Mitsuko!! man... i wish i dated her!! =p



kepada yang tak tau... cerita ni was listed by tarantino as one of his favorite movies.. remember Kill Bill?? this is waaaayyyy better than that.. so... enjoy the movie!! =D (bagi hard core movies maybe dah tengok cerita ni already.. best kan? kan?? kan?? )

Tuesday, 22 December 2009

Ruang antara..

just got back from kuching sarawak... had a blast over there and as usual, when it comes to the camera... aku ni bukannya trigger happy sangat nak snap sana sini. tengok laa nanti aku kidnap dari kamera orang lain.. among random things kat sana would be witnessing a confused monkey yg tiba2 out of the sudden bunyi "Moooooo!" as in macam lembu. maybe monkey tu depressed kot caged for too long.. the trip was great, reuniting me with some of my crazy friends across the south china sea. nothing makes me happier than spending time with people yg kita care.. yang ada significance... distance tu just distance.. tak kira laa duduk kat mana pun.. sampai ke amerika ker... ke wales kerr... london kerr.. korea kaa.. mana-mana2 lah... u guys are all in my heart! the distance is just distance.... nothing more! kan??

Dominasi playlist masa kini..

serious... lagu ni stok takleh kuar dari kepala aku lately


Mesu buta koukyoukouku or vaguely translated as 'female pig symphony' by Detroit Metal City (fictional band dalam an anime)

aku pun tatau kenapa aku layan sangat lagu ni.. adakah sebab liriknya? (hahahah korang tak paham) or mungkin gak sebab music yg catchy ni kot.. entah

Friday, 18 December 2009

Avatar..

Trust me on this... cerita Avatar tu gempak gila nak mampos!! sila tengok sekarang!!! tabik james cameron.. akhirnya dapat buat sesuatu yg bleh berdiri sebelah breakthrough dalam T2. titanic? pergi laaa matiii!! hahahahhaha

i wont put anything here... pergi tengok dengan a blank mind. maybe tak sehebat tengok matrix 1st dengan a blank mind.. tapi still... movie ni definitely masuk dalam all time favorite! =D

Wednesday, 16 December 2009

Masa memusnahkan segala-galanya...


"Time destroys everything".. tagline movie irreversible yg aku mention dalam my previous post. cerita irreversible tu definitely one of my all time favourite and pada yang tak pernah tau... WAJIB TENGOK! it's a french movie... ada monica belluci... cerita dia pelik... bermula dari ending... kalau normal movie tunjuk sebab kenapa hero balas dendam and kejar orang jahat and then baru dapat their 'justice'... cerita ni.. kita tengok dulu hero(herokah mereka?) melaksanakan dendam dulu.. kira cam kita tatau apa sebab.. tapi orang dah start bersepai dah.. cerita ni sangat contreversial sebab graphic violence and then ada prolonged rape scene yang SANGAT real.. stok SANGAT real sampai ko rasa macam... "sudahlaaaa... jangan laa weeii... tolong la.. binatang pun tak macam ni". you will either appreciate or jelak tengok realism cerita ni.. leaving that behind, this story will definitely gets your brain thinking... the kind of movie that stays in your head... nah trailer dia..

*amaran - cerita ini sangat 'exposed', sila jangan tonton depan mak bapak korang dan kanak2 di bawah umur.

Saturday, 12 December 2009

Tali gantung...

Hari ini aku nak berkongsi dengan korang lagu feveret aku... lagu ni tajuknya 'The Noose' daripada a perfect circle. Aku jatuh cintan ngan lagu ni back in college, hasil hasutan si husni. bila aku dengar lagu jerr... cam dah layan dah... tapi bila dah start dengar the lyrics properly... scary.. well.. bukan as in scary, scary.. tapi macam scarily deep and if you put em in graphics(using your imagination laa ngong!)... giler cam gempak abis...



So glad to see you have overcome them.
Completely silent now
With heaven's help
You cast your demons out
And not to pull your halo down
Around your neck and tug you off your cloud
But I'm more than just a little curious
How you're planning to go about
Making your amends to the dead
To the dead

Recall the deeds as if
They're all someone else's
Atrocious stories
Now you stand reborn before us all
So glad to see you well

And not to pull your halo down
Around your neck and tug you to the ground
But I'm more than just a little curious
How you're planning to go about
Making your amends to the dead
To the dead

With your halo slipping down
Your halo slipping
Your halo slipping down
Your halo slipping down
Your halo slipping down

Your halo slipping down to choke you now

Mynard(cik abg vocalist a perfect circle) ada explain dalam one of his commentary that lagu ni pasal orang2 yang berjaya mengatasi addiction diorang (any kind of addiction lah, make it drugs, love, infidelity ker..) and feeling all high and mighty about it. that eventhough diorang dah berubah.. diorang takkan dapat lupa segala susah payah dan bala2 yg diorang caused kat diri diorang dan orang2 tersayang sekeliling mereka.. mereka TAKKAN BOLEH lupa.. so the halo tu is kinda like a reminder to them.. that it can be their noose(kepada yang bongok dan malas bukak dictionary... noose tu tali gantung!) too..

as we can see.. dalam lyric tu dia tanya banyak kali.. "how you're planning to go about making your amends to the dead?" and diorang bleh cuba be in denial "recall the deeds as if they're all someone else's atrocious stories" tapi bolehkah? dengan your halo slipping down your neck, bolehkah?? things you did can never be undone..banyak benda dalam dunia ni irreversible... macam dalam movie irreversible lakonan monica belluci tu... damn.. gempak movie tu.. lain kali plak ahh aku cerita pasal movie tu.. =)

Bye bye Tiger Woods!!


Terima kasih, perempuan!! Like people say 'behind every great man... there's a great woman'... yeaahh right.. hahahaha

Saturday, 5 December 2009

Bicara air..

sifu aku... iaitu encik roy focker banyak mengajar aku mengenai hidup. in his words..

"You have to adapt to changing circumstances, you need a fluidity like water"

memang tepat.. kita perlu jadi dynamic.. berubah mengikut situation... masuk bekas petak, petak lah kita... masuk bekas bulat, bulat lah kita... tapi ini jangan di salah faham.. jangan sesekali hilangkan the real essence. betul.. air ubah ikut bekas... tapi kalo air milo, letak lah dalam bekas apa bentuk sekali pun... tetap air milo jugak. henessey vsop letak dalam tumbler pun tetap vsop jugak.. bentuk bulat kerr.. petak kerr... tiga segi kerr.. air tu tetap sama. di sinilah ramai orang gagal mengenalpasti intipati yang penting. we can dance to the same beat, 1, 2, 1 ,2, 1, 2, 3, 4, 1, 2, 3, 4... 1, 2, 1 ,2, 1, 2, 3, 4, 1, 2, 3, 4... tapi bunga tarian kita berbeza. aku mungkin akan lebihkan goyangan kepala... kamu mungkin lebih suka menghayun pinggul kamu... kita adapt... tapi kita tetap 'kita'! get me???

Tuesday, 24 November 2009

Meet the people...


Botak Mat

Kuasa: 500 000 hp

Keistimewaan: Pergerakan jari yang boleh mencecah Mach 5 (5 kali kelajuan bunyi) dan tengkorak titanium

Jurus Maut: Hikmat naga berkejaran di padang licin

Kelemahan: Makanan pedas yang mampu membuat kepalanya menangis


The Immigrant

Kuasa: 4 Jam (yang selebihnya kena tidur)

Keistimewaan: Mampu menduplicatekan diri dengan menggunakan bangla-bangla rumah depan dan rambut dawai yang bertindak sebagai absorber kepada tengkorak kepalanya yang tak ada isi

Jurus Maut: Final Macha Form... Seribu rambut pulang ke asal!!

Kelemahan: Anggota RELA (phobia di kejar sewaktu nak masuk nagara ni dulu) dan PENGKID



Kraken

Kuasa: 1000 perkataan/saat

Keistimewaan: Juara debat edisi drop-mengdrop tanpa kalah 22 tahun berturut-turut. Mampu mem'bakar' manusia tanpa berlu menggerakkan anggota badan.

Jurus Maut: Hujah Neraka dan MM M M MMMONSTER KILL!

Kelemahan: Sebarang bentuk serangan fizikal


Paehnosaurus Rex

Kuasa: 1.68 tan metrik

Keistimewaan: Walaupun dalam kategori makhluk pra sejarah, dia mempunyai pengetahuan am yang luas, kira brader serba tahu la... dan of course, expert dalam wrestling dan sumo

Jurus Maut: Tities Destroyer (sumpah kau tak mau rasa serangan ni doww!)

Kelemahan: Pernah dihantar ke rehab kerana addiction yang kronik dengan game facebook, internet dan makan


Kamen Rider Jihad

Kuasa: 3 giga joules tenaga

Keistimewaan: Mampu meng'override'kan kuasa dalaman diri untuk mengharungi cabaran2 yang perlu ditempuhi untuk lebih 24jam tanpa henti

Jurus Maut: KK K KKamen Ride... Riderrr Kick!!

Kelemahan: Kamen driver auto shutdown bila sampai limit dan terus pengsan serta sappy indonesian songs esp. sheila on7


Bo 'Shebby the Pundit' Teng

Kuasa: 1 mega decibel kuasa jeritan tengok bola

Kelebihan: Hentakan stick drum Sun Wukong yg menggegarkan dan mempunyai gerai rehat dan rawat untuk memulihkan tenaga dengan herba herba tradisional

Jurus Maut: Kuasa Asap Rikimaru!!

Kelemahan: Hujah-hujah anti perempuan oleh abang Korea

Rahasia Hati...



*air mata menitik*

NOTTT!!!!

hahahahahhahaha Fuck You!! =D

Wednesday, 18 November 2009

Nak buat macam mana.. semua orang nak cari makan..

kau rasa kau lebih macho dengan kereta besar?? sila2 lah angkat satu.. tapi jangan laa sampai masa nak renew road tax, insuran, tukar tayar terkencit kencit korek duit sana sini

kau rasa kau layak dapat boyfriend kaya?? silakan... cilok laa sorang, tak hensem pun tak apa.. tapi jangan la sampai obvious sangat ko tergila-gila poket dia.. kaching~!!!

kau ada kawan, kau nak gebang?? di persilakan... tapi jangan lah gebang benda kau pun tak sure dan tak tau.. sebab kena dengan orang yg tau, tak ke sampah kau tu??

kau rasa kau hot?? kau cun atau comel?? flaunt it... silakan.. buatlah blog cerita kat semua orang... tapi jangan sampai kau sendiri loya tengok diri kau sudah la... (atau kau sedar ramai orang guna kau buat 'modal')

kau nak jadi raja dunia?? kau nak jadi the next hitler? tak ada masalah... silakan... tapi jangan kantoi yg ko tu gay kat semua askar2 kau yang ganas tu sudah lah... hilang credibility sebagai pemerintah kuku besi tahap kejam.

kau ada boyfriend, kau nak curang?? kau nak main kayu tiga?? kayu lapan?? sila sila lah... tapi jangan laa bodoh sangat sampai kantoi tercirit-cirit... jangan sampai kawan2 loya tengok ko punya wayang

pandai-pandai lahh cover... semua orang mau cari makan.. respect bukan bleh dijual beli.. jangan sampai orang meluat bila kau asyik terkengkang kencing berdiri kat sana sini... sila guna tandas macam ini...

Figura 1.1 The do's and the dont's while taking a leak

p/s:- kalau kau cover tapi benda tu obvious gak... nasib kau laa labu..

Saturday, 14 November 2009

Oh Kucing!!

korang pernah tak... sekali tu macam ada sekor kucing kat tepi jalan. then ko kasik laa makan sket, kesian... pastu... kucing tu stok ikut ko ke mana2 eh... well.. if u planned and wanted a cat it's okay laa... tapi bila kucing tu plak menyendeng-nyendeng terlebih lebih.. adehhh... aku dah bagi makan tu pun da besaq tuah dah la... ni dok sendeng-sendeng lebih.. apa lagi yang kau nak?? nak tendang, kesian... tapi bila ko melangkah, dia nak sendeng gak and kadang2 tersilang between kaki ko and ko pun nyaris2 tersendong. apa korang akan buat?? aku memang malas dowh kucing2 camni... nak sepak terajang, aku tak sampai ati... tapi satu teknik yang sangat berkesan would be, distract the cat ngan food or something... kemudia lari laju2... wahahahhaha tinggalkan dia... biarlah dia mengiau macam mana sekali pun... ko pekakkan je telinga.. yang penting kaki ko bebas..

this may sound selfish.. but duh~~ kucing jerrr kot... kalo orang pun aku buat benda yang sama... muahahahhaha rilex larr.. mungkin satu hari nanti MBSA or DBKL akan kutip kucing2 tu dan hantar kat SPS errr.. SPSS?? oh shit, tu nama software untuk buat academic researh! =p apa eh nama center yg diorang amik kucing jalanan kemudian jual kat orang mahal2 tu?? aahh lenjan saja lah!! dan di sana(SPSS?) mungkin dengan kesendengan kucing tersebut akan ada orang berkenan untuk beli dan buat pet.. aku dah ada 2 ekor kucing kat rumah... so... no more room bebeh!! cat food, cat puke(babi kau tun jean, ko muntah kat kasut macbeth aku!!!), cat shit... dah cukup dah untuk aku handle... lagipun bukan sebarangan kucing bleh jadi kucing aku dowwww... i got taste okayy.. i got taste... miahahahaha

stray cats kat blakang umah aku banyak... selalu aku campak leftovers makanan kat diorang.. laju jerrr sambar... tapi takde sendeng2 ni haa... siap lari lagi kalo aku gi dekat... ini laa dia space!! mutual understanding punya... tak payah aku nak tendang2 haa... jangan sampai orang dah tendang baru nak faham.. =) alikisahnya kucing... dedikasi untuk dua ekor kelabu putih dalam hidup aku... 'Two Face" dan "Tun Jean", penyambut aku pulang tak kira 3am kerr.. 5 am kerr... takder laa aku kecut perut time bukak pintu rumah takut nampak benda bukan2... =p hahahaha nak tengok gambar diorang?? takde!!! men's love... implied! hahahahaha



Daripada aku letak gambar kucing sebagai hiasan baik aku letak video lagu yang lazat. btw.. kat office aku ada awek sebijik macam awek dalam video ni doww... serioussss sumpah tak tipu... stok orang kazakhstan and nama jenis ada huruf V punya... macam Strahovski tu haa... (p/s:- ko tatau siapa itu strahovski.. sila keluar dari blog aku skarang!!)

Monday, 9 November 2009

Music Mereka: Alexisonfire latest album!!

Bwahahahahha... album yang ditunggu-tunggu sudah keluar.. Alexisonfire dah keluar dengan their latest installment! Old Crows/Young Cardinals!!! wooohooo... lazat! growling voice diorang dah ada sedikit alteration, lebih clear but still with the same attitude and power. tengok cover album dah tau dah.. zen abis.. hahahhaa =p

Thursday, 5 November 2009

in-sight out..

thank you beautiful for breathing some fresh air. i know you will never read this.i know you know what we have here is so little, yet it's so meaningful. i know you will never come across these words of mine. even though you know how strong your every words for me, we know that this world is too cruel. change, easier said and done. change... it's more than just wiggling a wand, more than just a promise to self, more than just saying it out loud.. it's just more..

*sings
I saw her today at the reception
In her glass was a bleeding man
She was practiced at the art of deception
Well I could tell by her blood-stained hands

You can't always get what you want
You can't always get what you want
You can't always get what you want
But if you try sometimes you just might find
You just might find
You get what you need


What do you need?? what do i need?? is this what you wanted? or is this is what u needed?? the sheer complexity of connections, communications and the human mind (or heart if it's still there). where's the exit? this is depressing...

---------------------------------closed------------------------------------------

i wanna change my profession according to my specialty. im very good at escaping.. i should've been an escape artist, and like what people always say.. escape artists never die. =D

Tuesday, 3 November 2009

Jangan Tegur: Rasa kambing?


No goaty taste indeed..

Mr Lat

Friday, 30 October 2009

Kerusi kosong...

hari ini dan semalam terasa kosong... aku pun tidak mengerti.. mungkin sebab kelas masters aku sudah tiada. mungkin juga sebab di malam harinya aku tidak ke mana-mana.. seperti tak berisi, walaupun aku sibuk membaca journal2.. article2 untuk term paper psychology yang berilmiah.. eye opening, tapi aku masih lagi rasa bagaikan a 'blank slate' yang dibicarakan plato. adakah kerana semalam aku tak punya sebarang kelas untuk diajar, maka masa2 yang dihabiskan di office rasa disia-siakan.. mungkin.. adakah ianya kerana aku tidak suka berada di office ini?? mungkin juga.. aku toleh ke kiri.. kerusi itu kosong.. mungkin..

Monday, 26 October 2009

Selamat datang, Angkatan Jahanam...

aku telah berjaya menonton filem Angkatan Jahanam arahan Quentin Tarantino tadi.. sangat menarik, sangat moving.. and of course dengan touch Quentin yang pelik2 tu... bagi mainstream moviegoers, mungkin ini bukan sesuatu yang sesuai buat anda. especially mereka yang tak suka media violence laaa.. wuss!!! =p Tarantino fans, this is a must watch! sekarang aku tgh dapatkan versi yang tak dipotong untuk menghayati dengan lebih lanjut keganasan yang dipaparkan! Hail, The Basterds!!!

watak kegemaran: Sergeant Hugo Stiglitz

Tuesday, 20 October 2009

Wayne... nama aku bruce wayne!

sekarang, aku tengah sibuk bermain game Batman: Arkham Asylum. serious, baru aku faham perasaan christian bale, to think and to be the cape crusader.. the dark knight!!


honest, battle system dia memang bukan main2... fluid abis.. dia tak pakai system block macam watchmen, wolverine:origin, lord of the rings atau mana2 game before this. being batman is all about counters.. attack dari kiri, kanan, depan, belakang... time your counters and hell, it'll look like you're watching a choreographed scene in a movie, and each time a different one!

Monday, 19 October 2009

Meh layan musical dowhh...


bagi yang tak tahu, willow ni an original musical from Faculty of Education, UiTM. it was staged last year dalam bulan febuari camtu at Panggung Bandaraya, Jalan Raja Laut. it is co-written by adlan ramly and cik ana rafali, yeap... cik ana hujan bunga di kuala lumpur korang tu laa.. yang artis tu... =p

this time around, they're doing it professionally.. full scale drama production set to rock your socks off! so, kepada yang interested.. sila visit official website for the details. and the staging is for charity, bantuan kepada Tasputra Perkim, a day care training centre for children with special needs. jadi, pihak production mengalu-alukan sponsorship dari mana2 badan yang berminat.

from me... cerita ni best dowhhh... wajib tengok dowwhhh... bawak laaa gf/bf korang supanya korang nampak lebih sophisticated sket, layan musical theater and all.. hahahahah see you there! aku memang budak aliran literature, tapi tak sophisticated mana pun.. simple je.. as simple as "Jom! tengok!!!"

(for further reading done by NST click -here-)

Word!!!

Something that people yang pakai mac could never have!! WORD!!!

Tuesday, 13 October 2009

Selamat tinggal dunia nyata!!

Damn!!!! damn!! damn!!!!!! camne aku nak dok diam2 bila aku dah tengok benda ni??
arrrghhhh!!!!



Usia naga... errr i mean zaman naga... errrmm... still bunyi tak kena juga.. Dragon Age ni akan kuar 3 November nanti!! wohoooooooooooo....

awek cun vs dragon age

babaii awek.. see ya later!! helloo hottie, lemme play ya dragon age!! huhuhuh

Thursday, 8 October 2009

Ilusi..

hidup ini sebenarnya penuh dengan ilusi.. ilusi yang dibina oleh setiap individu yang digelar mereka realiti. ilusi berdasarkan apa yang mereka percaya dan pilih untuk percaya. mungkin dalam perkataan yang lebih biasa digunakan adalah perspective, atau pandangan.. tetapi dari mata yang memandang itu, terbentuklah satu ilusi. semua ini terbina oleh fasad2 manusia, dengan niat dan motif masing2. dan manusia jua tercipta berbagai ragam. maka pelbagai ilusi dan lakonan akan membentuk realiti realiti yang berbeza bagi setiap orang. ilusi juga merupakan senjata.. senjata yang boleh digunakan untuk memanipulasi orang lain.. dengan belitan lidah2 hasad, kita mampu merealitikan sesuatu kepada orang lain untuk mempergunakan mereka atau membentuk dinding2 yang melindung orang yang tercinta. aku sedar kewujudan kuasa itu.. kamu juga sedar akannya. cuba kita buka mata kita seluas-luasnya.. pandang ilusi2 ini setajam-tajamnya dan mungkin kita akan lihat realiti di sebalik ilusi.. di sebalik dinding-dinding yang dibina di sekeliling orang2 yang disamping mu atau disebalik konspirasi2 mata-mata jahat yang memandang.


Wednesday, 7 October 2009

Ketika ini...

Aku sedang bertarung dengan assignment2 masters durjana... doakan keselamatan aku wahai kawan..


If only i could just eat them...

Monday, 28 September 2009

Monday im not in love...

isnin...setelah seminggu aku cuti.. kaki aku berat.. kepala aku berat.. mata aku pun berat... hati lagi laaaa melarat-larat.. rasa macam nak amik MC.. rasa cam "lantak korang lah.. yg aku tau aku malas nak masuk office lagi".. tapi nak buat macam mana.. TANGGUNGJAWAB... with great power comes great responsibilities... siapa lagi yang akan dapat memperjuangkan keadilan dan kesejahteraan sejagat kalau bukan aku? sebagai seorang kamen rider.. sudah menjadi tugas aku.. mendidik... memahat batu batuan hati belia2 yg dari kecik spoiled macam haram.. setiap tumbukan penuh kaseh sayang.. setiap 'tendangan padu maut' yang memberi pengajaran.. ohh.. romantisnya kerjaya ku... marilah anak2.. bersandar di bahu bidang saya!! *pukes* *pukes* lancaaauuu... wahahhahaha

nak buat apa eh hari ni?? aaaaaaa... aku tau.. bagi diorang mid term exam.. bleh laaa aku cover balik tidur!! muahahahahahhaha

(-_-) encik kamen rider.. berusahalah!!!

Friday, 25 September 2009

Apa barang layan blog time raya??

sebab aku lebih rela layan

  1. kawan2 balik beraya, reunion, tayang kereta masing2... tayang henpon canggih manggih yg dibeli dengan wang lebih separuh duit gaji sendiri kat kedai mamak. best wooo...
  2. layan makan laa weiiii... gila apa raya tak layan makanan?? lontong.. settle! soto.. settle.. nasi tomato, settle! bihun sup? settle.. bihun goreng?? settle! laksa?? settle!!! rendah serunding ketupat lemang kuah kacang... takyah cerita arr..
  3. balik beraya setahun sekali.. jumpak balik mesti layan counter strike sampai ke pagi... kasih sayang disampaikan melalui pisau dan senapang, pom! pomm!! pomm!!
selamat hari raya weihh.. dah.. aku sibuk! esok2 aku dah balik KL kita jumpa lagi...

Sunday, 13 September 2009

is it true?

"i'll be there for you.. these five words i swear to u.. when you breathe, i wanna be the air for you... i'll be there for you..."

bon jovi sang this one to not be sung by the other half.. cuz if both turned into air.. it'd be pointless.. now that's love!

Wednesday, 9 September 2009

Lafaz organ bernama hati...

bila hati itu mati... yang tinggal cuma akal dan ego. dan bila akal dan ego tidak selari... maka semua yang ada di depan mata serba tak kena. jika mata melihat dan mencari kesalahan.. maka kesalahan lah yang akan ditemui.. dan jika rasa menanti kekecewaan maka kecewalah dia dengan orang2 di sekelilingnya. bila hati sudah mati.. apalah lagi erti? hidup tak mahu.. mati pun segan.. tepuk selera, tanyalah dada.. alang memangkal lengan, biar pekasam jadinya.. ulam dicita pucuk bertunggang langgang datang.. putih mata, putih tulang, jangan risau dua2nya putih...

sampai bilakah ketidakwarasan ini perlu berkekalan? berapa lama ia harus dibakar sehingga akhirnya mendapat kepuasan? kenapa masih kelam walaupun bersuluh api? kemanakah hilangnya cahaya itu hingga kini tak kunjung tiba? bila? bagaimana? di mana? kenapa? apakah? hanya Dia yang tahu...


hari ini aku bukan fasadku.. hari ini aku juga bukan 'super ego' aku.. hari ini aku juga bukan 'id' mahupun 'ego'. aku juga bukan kamen rider.. bukan masa untuk aku 'henshin'. tidak perlu... hari ini aku adalah aku.. a human being.. and i do bleed...

Friday, 4 September 2009

Wana be super?

if you ever wanna be a super hero or a super villain... take up a cause, believe in it to the extreme.. to a psychotic level. VOILA!! you're either one.. that's what batman, joker and two face did, and what a success story they are. so, to all ye fellow extremist.. (be it religious, ethnic, racial or whatever you believe in) you guys are like one step closer to super'dom .. work hard and people might just publish a comic about you!!





as for me.. i've always been a super hero for quite some time (that explains why i dont have time for commitments =p) and if you guys didnt know yet... i am actually a kamen rider!! HENSHIN!!!


Thursday, 3 September 2009

Muka poker...

kalo korang rasa poker face lady gaga tu sedap... korang wajib tau otai poker face malaysia.. dahla mantap.. konsisten plak poker face dia.. cuba tengok ni.. bukti2






amcam? konsisten kan? x sabar nak tengok performance dia tahun ni! xD

Wednesday, 2 September 2009

layan berita sengal di TV

tadi aku tertengok berita sikit... bahagian sukan. ada pakcik2 dari BAM yang terasa dengan commercial fair & lovely. why? sebab dalam commercial tu cik model cakap something like "badminton?" and gave thumbs down. just that and pakcik2 kat BAM nak menggelabah terasa eh.. siap dengan caption kat bawah "iklan 'sindir' badminton". DON'T MAKE ME LAUGH! itu pun nak terasa ke? apsal kalo sorang pompuan tu cakap tak suka badminton kira cam dia 'sindir' BAM ke? sah.. orang2 kat BAM dah tahap nyanyuk.. benda camtu pun nak terasa eh? then again, siapa makan cili, dia laa yang rasa pedas.. betul tak? so.. kalo cik model tu cakap bolasepak and thumbs down.. FAM plak laaa yang akan 'terasa' ke? kalo dia cakap olahraga? renang? ping pong?? semua badan sukan tersebut akan 'terasa' ke?? grow up! errr... dah tua2 kot.. GROW WISER!! dan focus dalam membimbing atlit badminton, bukan sibuk pasal hal remeh temeh ni.. buktikan korang bukan orang tua nyanyuk yang mudah 'terasa'.. okay?? =D

dont even let me start with seksyen 22, itu memang bahlul. tengok berita tv di malaysia ni memang memenyampahkan.. tu belum selak kosmo ngan metro lagi tu..

Monday, 24 August 2009

renungan ramadhan...

di bulan ramadhan ni... time2 baru sudah sahur ni.. aku teringat laa jugak tentang puasa2 yang sebelum ni. especially time aku student dulu.. memang berpuasa ni banyak berkat gak la.. dapat cut belanja makan.. berbuka pun selalu dengan char koey teaw abg kat sec 18 tu je... rm2, rm3.50 kalo special... selalu, berbuka tu.. aku tak makan banyak lauk.. it's always one main dish dan air bungkus besar rm2. biasalah... student.. mana laaa nak ada duit sangat. salah aku gak laa... melabur duit kat tempat yang salah.. pastu bila dah start sesak2... terpaksa lah gi masjid dan berbuka di sana.. dan secara tak langsung... aku dapat berjemaah, banyak kali jgak lah dek penangan masalah kewangan. sekarang.. itu semua tak menjadi isu, tapi aku agak sedih sedikit kerana sebab tak punya masalah kewangan, aku tidak mengunjungi masjid untuk berjemaah. adat manusia lemah, bila senang.. lupa pada yang maha kuasa. bila kita berada, cerca yang dalam kekurangan "kamu ni tak cukup berusaha.." walhal.. hikmahnya di situ adalah untuk kita membantu mereka. di sini aku bukan hendak menegur orang lain... aku hendak menegur diri sendiri aku dulu. bila di sorong bantal.. tak semestinya kita kena tidur walaupun tengah siang terang benderang.. ada masa dan waktu untuk semua benda.. tapi kenapa selalu kita tidak berdaya?

Daerah Sembilan...

korang nak tau apa itu kepuasan menonton wayang? semestinya wajib weiihh korang tengok District 9 arahan Peter jackson. orang tua tu memang pandai buat cerita yang engaging and berisi. set up cerita kat johanesburg, south africa... and kalo korang bleh fikir sendiri, korang tau lah kenapa setting tu yang dipilih. as usual.. aku takkan buat review.. seriously cerita ni mantap.. itu je yang aku nak cakap.. apa2 pun.. tengok sendiri dan kemudian berfikir lah ye?? jangan sangka yg ditindas tak boleh menindas yang lain.. sape yang human dan sape yg bukan?

Tuesday, 18 August 2009

Otak orang jantan!!

Figura 1.1 Otak jantan sejati!! (Courtesy cik Bayne)

okeh... menarik bukan, gambar rajah di atas.. ianya memang sangat tepat dan bersesuaian sekali demi menjamin perkembangan umat manusia. setiap ciptaan tuhan semestinya mempunyai sebab musibab serta fungsinya yang tertentu.. orang kata.. ada hikmah laa...

mari kita analisa gambar rajah ini dengan lebih teliti. secara terang kita dapat lihat dominasi sex-drive, ini sangat penting kerana sex drive yang tinggi membolehkan manusia terus membiak kerana bukan semua perempuan adalah Kate Beckinsale, Zhang Ziyi, Juhi Chawla, Lisa Surihani ataupun Rihanna. tanpa desakan tersebut, mesti ramai je lelaki yang tak 'lalu' dengan wanita2 ini, justeru menggugat perkembangan umat manusia. kita bleh lihat ini sebagai kunci, atau lebih tepat catalyst penting bagi memastikan umat manusia tidak pupus.

kebolehan memandu transmisi manual pula mempunyai correlation yang tinggi terhadap kemahiran memandu. ini penting bagi menyelamatkan dunia daripada 'the wrath of female drivers'. contribution system pengankutan yang efisyen semestinya memastikan kemajuan sesuatu kaum. negara maju seperti jepun mempunya system pengankutan yang sangat gempak dan mereka sangat maju... cuba kita lihat system di negara kurang maju.. system pengangkutan mereka tidak gempak bukan? so.. korelasi yg tinggi dapat kita lihat di sini di mana kemajuan kaum lelaki sejajar dengan kemahiran memandu, yakni system pengangkutan mereka.

Lame excuses dan avoid personal questions glands pula penting sebagai self preservation mechanism. getting too personal akan membuatkan orang menjadi too emotional. ini akan membuatkan seseorang itu tidak punya objective dan seperti kata pepatah "ikut hati mati.. ikut rasa binasa". oleh itu, dengan efisyen nya.. otak lelaki menyekat sebarang kerja yang tak perlu kerana emosi di proses oleh organ lain yang di panggil hati. kegagalan untuk membezakan fungsi kedua organ ini sering berlaku dalam sistem lain.. and saya taknak lah menunding jari pada mana2 jantina lain ye? tak baik tuduh2 ni.. xD hahahaha the same thing juga boleh dikatakan tentang particle pendengaran..

di sini juga saya ingin meng'highlight pelaburan otak lelaki yang mantap. perkara remeh seperti ke mana arah tembakan proses kumuhan tidak harus diberi keutamaan. haiwan2 primitif lain mungkin melaburkan banyak sel otak mereka di situ kerana hidup mereka adalah makan, minum, berkumuh dan sex je.. saya akan berasa amat sedih jikalau 1/5 dari otak jantina2 lain dilaburkan kepada sistem perkumuhan semata2.. siap keluar video mengajar lagi tu.. dengan w@n n*r az*$n sebagai mentor dalam operasi 'nonok'... (akak dah insaf kan kak? syukur!!!)

i'd love to elaborate more.. tapi taknak lah aku mendominasi isu ini sorang2 je.. apa kata anda? effective communication selalunya dua hala.. bukannya salu hala je di mana sorang membebel dan seorang lagi kena dengar je.. (hmmm.. doesn't that rings any bell? hahaha) =D mari2... sila tembak!!

Thursday, 13 August 2009

-------------- empty --------------

Sunday, 2 August 2009

The force is with you!

Aduhaiii... macam2...



Thursday, 23 July 2009

Keadilan jantina...

pernah sekali ketika bermain truth and dare bersama kawan2, aku disoalkan satu soalan yang agak susah untuk aku jawab. "Azzam, kenapa you selalu kejam sangat dan kurang sensitif dengan perempuan?". dan aku yakin.. ramai juga wanita2 yang 'terasa' dengan aku... yang insecure bila im around.. ko tau2 je laaa bila mulut si azzam ni akan keluar kan a simple and direct truth yang diorang in denial. well, sekiranya aku tidak true dalam aku nye 'game', aku bleh je jawab sambil lewa. bagi jawapan serkap jarang yang misleading ke.. apa2 lah to just play their heads. ramai yang bertanggapan bahawa aku berdendam dengan kaum hawa kerna pernah dikurniakan ex-girlfriends yang hmm... *memikirkan ayat yang paling politically correct* hmm... factually unencumbered or reality challenged... tapi, seingat aku.. aku memang macam ni sejak sebelum ada awek lagi.. so.. it's nothing personal.. it's just the way i am.

to tell the truth.. aku sebenarnya seorang feminist.. aku percaya bahawa perempuan dan lelaki diciptakan sedikit berbeza tetapi harus dilayan dengan sama adil. jika seorang lelaki boleh menjadi leader.. seorang perempuan pun bleh menjadi leader.. tetapi boss perempuan tersebut haruslah memmpunyai the balls.. okayy.. itu statement sexist.. rephrase.. the guts to go and challenge people yang membuli subordinate dia.. membela nasib... demand hak.. and be strong. tak kira lah ko perempuan ke.. laki ke.. if you're a leader, it should come naturally. bukannya duduk sembunyi di balik meja, tunduk dan angguk kemudian menangis dan beremosi terlebih-lebih.

aku yakin aku seorang feminist... sebab sekarang kita dah dapat lihat banyak genderless terms yang diusulkan dan mula digunakan. seperti wujudnya perkataan 'hir' yg berfungsi sama seperti 'him' atau 'her' yang tidak merujuk kepada mana2 jantina. 'mandkind' di tukar kepada 'humankind'.. dan sebagainya.. aku sangat setuju.. maka.. ayat2 lain yang gender biased seperti 'ladies first' juga harus dibuang... kerana ianya sangat sexist.. begitu juga dengan perkataan 'dayus'.. satu perkataan sexist yg oppressive terhadap kaum lelaki... tiada keadilan di situ.. jika lelaki penerajang lelaki.. it's okay.. kenapa pulak lelaki takleh penerajang perempuan? di manakah keadilan itu?? kenapa dia perlu di 'label' sedemikian rupa and dicerca masyarakat??

maka benarlah aku seorang feminist.. di mana aku melayan semua orang dengan cara yang sama.. tak kira lah kau lelaki ke.. ko perempuan ke.. kalo dengan lelaki, normalnya aku akan main kutuk2 kejam untuk bergurau... perempuan pun sama laa.. kalau dengan lelaki aku sarcastic, perempuan pun.. sama jugak lah.. kalo dengan lelaki kalo salah yg bodoh aku bambu.. maka perempuan pun aku bambu lah.. kita sama saja kan?? keadilan antara jantina.. iya.. ianya bukan sesuatu yang mustahil.. dan ia patut bermula dengan anda!! =D hehehehehe

owwhh... extra.. extraa... sila jangan berpandangan serong terhadap wanita2 yang tidak memotong atau mencukur bulu-buluan di bandannya (termasuk ketiak, misai nipis, bulu kaki atau bulu hidung) kerana jika lelaki melakukannya, ianya adalah sesuatu yang normal... kenapa perempuan harus di label dengan benda negative bila mereka memilih untuk tidak berkawan mestra dengan mata pisau atau cecair waxing? bukalah minda anda.. keadilan ada di depan mata..!!

*kepada mereka mereka yang tidak mengenali aku secara rapat, untuk pengetahuan anda.. saya sedang BERGURAU... tapi seronok jugak kan bila kita fikir benda2 macam ni?? =p

Friday, 17 July 2009

Pesta musika dunia hutan hujan...

i know this one cam dah overdue kaw2 punya... tapi im gonna post it anyway.. for me.. rainforest world music festival was awesome!! im not gonna say much and i'll let the pictures do the talking lah.. with some caption from me tho.. dont worry lah.. i'll spare you from our nonsense camwhoring and just focus lebih kepada the event..

Figura 1.1 Selamat datang!!

Figura 1.2 when you have one of this, it'd surely help.

Figura 1.3 Stringed instruments workshop

bagi aku.. yang paling menarik bout RWMF ni adalah kerana workshops yang di handle pada siang harinya. performer akan adakan workshop di 3 area berbeza dan focus terhadap a certain aspect of music..

Figura 1.4 Crowd di Iban longhouse, venue 1

and of course during all these workshops, people can participate, interact which rarely happens in other music festivals. inilah bagi aku, daya penarik sebenar festival ini and it'd appeal to all music lovers out there jugak.

Figura 1.5 Workshop in Dewan Lagenda, venue 2

music here, yang aku maksudkan bukanlah music popular.. tapi cinta pada music accros genre, culture, ethnicity.. the world lah basically.. and of course pada people yang main instruments.. they could appreciate and relate to during these workshops

Figura 1.6 Crowd yang attended the workshop

Figura 1.7 Workshop bamboo instrments kat Main theatre, venue 3

Figura 1.8 Lampu ballroom ala periuk kera yang cun!

Figura 1.9 Crowd menunggu hari gelap di main stage

Figura 2.0 Propaganda H1N1 juga turut di selit.. the 1st rainforest 'masquerade' music festival

so here are some of the performers in action..






it was a great experience to be there.. a refreshing new stuff than just mope around in KL je. im absolutely looking forward to more trips in the future..

*credit to Panida Lorlertratna for pictures

Wednesday, 15 July 2009

Jangan Tegur: Lets villainize men!!


Look at the guy

*by Mr.Lat*

Tuesday, 7 July 2009

Swine lebih famous dari mawi...!!

okayh... sebelum korang komen apa2.. aku bagitau dulu laa awal2... ni just my opinion bout the issue je.. takde real research pun.. through observation ngan discussions je... tak ke korang rasa swine flu pandemic cam over rated? death rate swine flu cuma somewhere below 10%.. ada yang kata it's even below 5%.. kalo nak dibandingkan dengan bird flu dulu yang dalam 60%.. kalo betul laaa 5% death rate.. dia cam up sket je dari demam denggi.. *insert bunyi fogging yang dibenci ketika tidur petang di hostel*

im not trying to take this issue lightly gak.. tapi perasan tak pandemic ni banyak jadi lepas global recessions? pharmaceutical companies memang banyak kaut untung time2 camni.. malaysia alone, dah brape banyak equipment kerajaan labur nak cover entry points and internal transfers lagi.. kawan aku yang kerja hospital, swine flu specific teams dah jadi macam astronaut dah dengan new gadgets and all.. i smell a conspiracy theory.. $$$$$ hahahahah

aku bukannya apa... just terasa kelakar laaa bila aku makan kat nandos pun.. kat folded table menu dia pun nak kasik tips elak swine flu gak.. giller commercialized pandemic ni.. xD dah hype mengalahkan mawi waktu dia masuk AF dulu dah ni... apa barang setakat kuar mamee slurp jee weihh?? aku jugak yakin mawi tak mampu tutupkan beberapa skolah and buat kecoh kat urbanscapes.. crowd2 urbanscapes sure pandang mawi sebelah mata je kan?? wahhahahaha

ok.. ok.. back to the issue, kalo nak beli satu mask tu dalam 8ringgit kot.. ntah.. modal nak buat.. hmmm... ntah.. try laa tanya.. kawan2 aku ada gak laa yang study abroad, kerja, stay sana.. tapi takde laa plak entry point semua nak scan2 and all.. awareness pun secara general je.. takde gelabah2 pun... adakah kita jadi camni sebab muslim country nye swine-phobic cliche? atau adakah ianya sengaja di direct kan kepada kita supaya pharmaceutical companies dari negara2 'sana' bleh tampal2 sket effect recession? korang fikir sendiri lah.. semua dah besar panjang.. =D yang aku tau.. kalo demam.. aku gi hospital.. ko pun patut gak laa.. chalo.. nah.. hadiah untuk korang... babi sekor!

Figura 1.1 Mawi... sila bunuh haiwan ini untuk kembalikan zaman kegemilangan awak! hahahaha

Ninja master obama!!

A bit outdated.. but hell.. this is funny weihh... apa2 benda pun bleh jadi modal bebudak zaman sekarang.. im 'for' obama and the destruction of house flies!!!

Saturday, 4 July 2009

Haihh.. tatau nak kata apa dah...

Ni aku patut DDT diorang ke patut be grateful ada gak orang ingat kat aku.. entahlah.. cam dua2 gak laaa kot.. apa perasaan korang kalo bukak2 facebook nampak ni..

tak clear.. aku tau..malas nak clear kan dan sengaja supaya susah sket korang nak baca kesengalan bebudak ni.. hahahaha